Sejak aku bergelar sebagai pendidik. Sambutan Hari Guru sentiasa di nanti-nanti detik tersebut pada setiap 16 Mei.
Bermula di Maahad Darul Anuar pada tahun 2006, seterusnya di Maahad Rahmaniah, Kuala Krai pada tahun 2009. Sebelum aku berehat seketika daripada mengajar pada tahun 2010 untuk memberi laluan kepada KPLI di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Namun proses mengajar tidak berhenti...aku memulakan langkah pertama di Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Petani untuk bersama-sama anak-anak didik di peringkat sekolah rendah. Selama ini aku mengajar di sekolah menengah. Terasa perubahannya. Terasa kelainannya.
2011, aku mula melaporkan diri di SK Felda Chemomoi. Disinilah bermulanya secara rasminya aku menjadi seorang pendidik dengan memegang diploma pendidikan yang disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Kini, telah masuk tahun ke lima aku mengajar di bumi Chemomoi. Banyak kenangan yang telah terukir disini. Dalam melayari erti hidup, aku terpaksa meninggalkan orang tuaku demi sebuah perjuangan.Syukur kepadamu, orang tuaku memahami perjuangan yang terpaksa dipikul oleh anaknya.
Perjalanan berpisah dengan orang tua, telah bermula sejak 2009 lagi, ketika aku ditempatkan di bumi Kuala Krai.Inilah pengorbanan kecil yang terpaksa aku korbankan demi masa depanku.
Rentetan perjalanan ku...
Maahad Darul Anuar...2006-2008
Permulaan aku bergelar sebagai pendidik di sekolah yang juga dikenali sekolah Tok Guru. Disinilah bermulanya episod merangkak aku demi mengalas impian yang murni. Disinilah aku belajar secara tidak langsung untuk membuat rancangan pengajaran harian, bagaimana untuk mengawal anak-anak didik di dalam kelas, disinilah aku belajar segala-galanya dengan rakan-rakan yang tidak lokek ilmu. Disinilah aku belajar belajar menyelami jiwa anak muridku.
 |
| Sebahagian rakan-rakanku... |
Disinilah pelbagai kenangan yang terukir indah di dalam lipatan sejarah hidupku. Disini jugalah aku belajar untuk menyelesaikan masalah yang menyelubungi hidup anak-anakku. Ada masalah yang gagal aku tangkis. Bermakna tersungkurlah aku. Ada masanya aku berjaya...walaupun perit namun itulah cuba dilakukan.
 |
| Anak murid pertama...2006 |
 |
| 2008...tahun terakhir di MADA |
 |
| Tak banyak gambar yang di rakam,...kan |
|
|
Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. 2009- Jan 2010.
Sekolah kedua, disini taraf jawatan aku diupgrade, dari guru berelaun kepada guru sandaran tidak terlatih. Bermakna gaji aku dibayar mengikut gred ijazah. Walaupun sedikit namun masih boleh dikira sebagai mencukupi ketika berada di bumi Kelantan.
Disinilah aku mula, belajar menjadi seorang pendidik dalam masa yang sama aku belajar secara pendidikan jarak jauh di Universiti Utara Malaysia, untuk mendapatkan diploma pendidikan. Namun aku terpaksa melepaskan impian itu kerana mendapat laluan untuk aku mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah ( KPLI ) di IPSAH. Rupa-rupanya ada hikmah yang terbentang yang tidak mungkin dapat kita terokai sekirannya kita tidak cuba memecahkannya. Begitu berhikmahnya laluan pintu rezeki yang Allah s.w.t tetapkan kepadaku.
SK FELDA Chemomoi...3.Jan 2011-kini
Inilah sekolah pertamaku, sejak ku memasuki alam pendidikan dengan cara yang betul. Disinilah segala-galanya bermula kehidupan aku. Dari tiada sebuah kenderaan, ku miliki sebuah kenderaan. Dari tiada rumah, kini ku miliki sebuah rumah. Dari tiada sekeping tanah, kini ku milikinya walaupun kecil. Rupa-rupanya disinilah pintu rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepadaku.
Prasekolah. 3 tahun aku berkhidmat untuk anak-anak kecilku. Terkurung di dalam dunianya. Melayan karenah anak-anakku. Namun begitu walaupun, terkurung banyak kenangan yang tidak mungkin ku lupakan. Disinilah lahirnya sebuah cinta...
Kini, masuk tahun kedua, aku tidak lagi terkurung... bebas meniti alam kehidupan. Bergerak dan mencari kehidupan terasa tenang.
Cinta yang lahir kini bersemi...
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan segala yang dilakukan olehku, sebagai amal ibadatku dihadapanMu nanti.
Tahun sambutan hari guru...serentak bersama sambutan israk mikraj. Satu malam yang penuh dengan pengajaran. Satu malam yang penuh dengan ilmunya.