Wednesday, June 29, 2016

iftar 2016

KIP iftar 2016. Selesai. Aku hanya turun sebagai tetamu sahaja. Keadaan badan tak berapa sihat. Nak berhinguslah pulok. Satu nikmat dalam proses untuk ditarik. Aku redha dengan ketentuan itu.

latihan nyanyian...

9 pagi dah datang nok berlatih. Aduh. Kawe tak siap mengajar lagi. Baru nok bermula. Anak baru siap satu kerja baru nok masuk episod 2. Dah datang iklan. Terpaksalah bagi laluan kepada iklan juga akhirnya...
Akhirnya aku ambil keputusan untuk jadi kepala sebab aku dah bosan gaya persembahan dan latihan tersebut...jahat tak?



Tuesday, June 28, 2016

Doaku...

Semoga menjadi anak yang soleh.
Semoga menjadi anak yang boleh membanggakan keluarga.

Wan Aiman...

Malam nih aku luangkan masa dari pukul 9 hingga pukul 11 malam termasuk waktu perjalanan dari Chemomoi ke Bukit Puchong untuk melawatnya yang patah tangan buat kali ketiga.
Semoga cepat sihat dan pulih wahai anakku.
Ingatlah pesanku unyik kebaikanmu dihari tuan nanti.



Monday, June 27, 2016

Minggu akhir...sebelum raya

Ya. Semoga Allah swt memberkati usahaku dan menjadikan ilmu yang ku sampaikan kepada anak didikku adalah ilmu yang bermanfaat didunia dan diakhirat. Semoga  ia akan beroleh kebaikan. Amin

Sunday, June 26, 2016

lagi sekali...

Hari ini berinfo dengan emak wan. Tanya pelajaran dia. Akhirnya dapat perkhabaran. Tangan kanan dia terseliuh pula. Bengkak sangat.
Sedihnya. Asyik bermasalah sahaja Aiman nih.

Hari ini...emak Wan wasap. Sah Wan patah tangan lagi. Ada patah di kawasan ibu jari tangan. 

Saturday, June 25, 2016

Terima Kasih...Kak Ma

Terima kasih Kak Ma kerana sudi buatkan untuk ku sambal tempoyak. Walaupun aku tak boleh menikmati sebab ada sayur. Tapi memang terbaik.
Sambal belimbing besi memang terbaik.
Terima kasih.


Rezeki...

Petang dalam pukul 5 petang. Kak Ha telefon bagi tahu sewa tanah dapat RM170. Dibahagi dengan 3 bahagian dapatlah sikit seorang. Syukurlah. Rezeki beli tanah walaupun sikit dapat juga habuan.
Walaupun tak pernah tengok lagi dimana tanah tu berada.

Friday, June 24, 2016

Selesai...zakat fitrah

6 kali berpuasa di Felda Chemomoi. 6 kali bayar duit zakat di Felda Chemomoi. Terimalah ibadatku Ya Allah Ya Tuhanku. Semoga aku tergolong dalam golongan yang beriman.



Thursday, June 23, 2016

Kemungkinan

Kemungkinan ada beberapa cara dan jalan penyelesaian yang akan digunakan untuk kes 16 hingga 30 Ogos nanti. Inilah mungkin boleh dijadikan skrip...
a. Ikut perjanjian asal dengan aku. Tidak akan lanjutkan tarikh. Kerana akan kerjakan aku lagi untuk mengganti Yusniza yang akan bersalin nanti.
b. Teruskan sambung sehingga 30 Ogos. Alasan sekadar 2 minggu. Minta tolong akan kedengaran lagi. Kerana mempunyai perancangan untuk meletakkan guru-guru yang mengajar tahun 6 ke dalam prasekolah. Atau jadikan dalam tempoh tersebut kelas tergantung.
c. Sekali lagi Ustazah Jaleha akan menjadi kambing hitam untuk dijadikan guru ptasekolah walaupun tahu kesalahan
d. Rehatkan aku seketika dengan melepaskan aku ke kelas 3B untuk berdepan dengan ujian Saringan Linus 2.0 kali kedua. Selepas itu Masukkan kembali aku ke dalam prasekolah atas alasan tiada calon lain. Sekirannya letak Ustaz Jaleha menjadi satu kesalahan. Seterusnya menolong aku mengira jumlah hari bersama dengan Pra Bestari untuk berapa tempoh sehingga sekolah bercuti.

Biarlah detik masa yang akan menentukkan detik dan ketika kejadian itu. Aku akan terus menanti dan melihat detik itu untuk menyaksikan perancangan yang lemah dari mereka yang tidak tahu membuat kerja pentadbiran tapi inginkan pangkat sahaja.
6 tahun disini tapi masalah sama. Nampak jalan cerita disitu pentadbir sangat lemah.


Tunaikan...

Akhirnya telah aku tunaikan janji ku kepada mereka. Biarlah ia sekadar sesuatu yang murah tetapi percayalah apa yang dibelikan oleh ku adalah sesuatu yang aku inginkan.
Aku hanya mampu memberi apa yang mampu aku belikan. Aku tiada keupayaan untuk membeli sesuatu yang mahal. Cukuplah sekadar apa yang aku ingin berikan sahaja.

Tahniah untuk:
Ammar Danish
Fayeed
Malek peningkatan matapelajaran sebab tidak pernah sekolah
Nik Haikal
Danial Najmi
Nor Adila
Eleyahani
Aleeya Syafia
Antasya
Nur Kasih 5 Arif
ShaheraSalikin 6B


apa yang terfikir...

15 hari lagi cuti tanpa gaji yang dipohon oleh cikgu Tengku untuk cuti bersalin. Bermakna ada hampir 2 minggu murid prasekolah tiada guru setelah perjanjian aku tamat pada 13 ogos.
Aku malas nok fikir dan memikir itu bukan alasan aku.
Seperti biasa aku jenis berpegang pada janjiku.
Hari ada perbincangan  sehala darinya. Aku buat bodoh sahaja. Dia menyatakan Tengku baru nak pohon. Sedangkan cuti Tengku sudah diluluskan. Sudah pandai lulus pandailah engkau urus budak-budak prasekolah tu. Jangan nak libatkan aku.
Tu tak masuk lagi dalam bulan 9 seorang lagi yang sedang menanti masa...

Latihan...nyanyian

Latihan persembahan di prasekolah. Ada bezanya. 3 tahun lepas dengan anak-anak kini. Mereka tiada semangat. Mungkin semangat mereka hilang bersama kehangatan puasa.







Monday, June 20, 2016

kisah hari ini...

Biasalah untuk hiburkan diri. Perlu hiburan demi mencari kebahagian hidup.
Anak-anak masih lagi tidak menunjukkan minat belajar yang tinggi. Mungkin disebabkan bulan puasa. Masih lagi bermain dan mengantuk ketika belajar.
Nantilah esok ku cari sesuatu yang mampu menarik minat dikau untuk belajar. Sabarlah sayang.
Hari ini aku telah memberi sebuah buku latihan matematik kepada Anakku Irwan Hakimi untuk dia buat latihan. Sebab matematik sangat lemah. Buatlah latihan agar dikau jadi pandai.
Pagi dan tengah hari tadi bertemu dengan anak tersayang. Melepaskan rindu yang tersemat di hati. Hanya padamu aku lepaskan kebosanan itu.


Friday, June 17, 2016

Rahimi...housemate

4.30 petang.
Aku telah kehilangan seorang rakan serumah sewa yang paling lama. 6 tahun bersama. Jan 2011 hingga Jun 2016.
Demi sebuah perjuangan dalam perkhidmatan akhirnya satu ikatan ukhwah yang terjalin terpaksa dilepaskan.
Semoga berjaya dimana jua.
Terima kasih Mat Imi.

yeah...luangkan masa

Semasa bacaan surah yasin dibaca. Luangkan masa bersama anak tersayang. Baca yasin bersamanya.
Semoga ia akan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. AMIN.







Thursday, June 16, 2016

pelik...

Sangat2 pelik. 2016 tak ajar pun sejarah. Hanya jadual versi 1 sahaja mengajar tu pun tak lama. Namun begitu masih tetap jadi ketua panitia sejarah. Sekarang lagilah terpisah.
Apalah teruk sungguh nih.
Apa guna jika atas kertas kita ketua panitia
Jika kita tak mengajar langsung.
Apa guna kita ketua panitia...jika hendak merancang pun tak tahu nok mula dimana.
Apa gina kita ketua panitia...jika tiada memberi impak kepada subjek itu.
Sebab kita terkurung di satu sudut yang berlainan.

Wednesday, June 15, 2016

Buka puasa...

Syukur kepada Allah swt di atas nikmat yang diberi olehnya. Kerana aku masih mampu untuk menikmati rezeki yang di anugerahkan oleh kepada ku.
Menikmati kuih koci terbaik daripada arwah Pak Hasyim. Memang terbaik. Disamping menikmati nasi daging hasil air tangan Puan Rozana emak Antasya.



Kisah hari ini...

Kisah hari ini. Syukur dapatlah juga aku ubah akhlak mereka. Walaupub penat sekurang-kurangnya berjaya.
Semoga aku terus diberikan kekuatan untuk terus membantu mereka untuk mengenal dan membaca dengan lancar.



Tuesday, June 14, 2016

Penat...

Terasa penat terasa hari ini. Tak bangun bersahurlah pula hari ini. Tersedar awal tapi...
Hari ini ada juga perubahan anak-anak pra cekal boleh siapkan kerja sekolah yang diberikan. Syukur. Sikit - sikit ada perubahan. Insya Allah.
Abadikan kenangan...



Monday, June 13, 2016

Pra Cekal

Hari ini dengan rasmi aku masuk ke kelas pra cekal. Ganti Guru Pra Cekal yang bersalin.
Hari ini terasa pelik dan pelik...
Menemui beberapa kepelikan yang nyata...
Belajar sukukata tapi tak ada tulisan..
Macam mana tu.
Kebanyakkan murid masih lagi ditahap kv. Malah ada yang masih belum kenal abc. Sedihnya khasnya yang berumur 6 tahun.
Disiplin murid teruknya...tak dengar kata.

Wednesday, June 8, 2016

Terburuk...

Buat aduan siling kapur retak. Akhirnya hantar pemandu lori untuk datang baiki siling kapur. Buat kerja sebuah rumah tak sampai 1jam telah selesai.
Macam mana nih. Kualitu dan kepuasan untuk aku tiada.
Aku telah telefon Raja Azuan dalam masa yang sama. Ketidakpuasan hati aku terhadap mutu kerja.
Esok sekali lagi kita tengok masa ini..
Pukul 3 petang selepas pekerja dia datang. Bos dia datang mohon kemaafan. Seminggu raya pula dia berjanji nok datang baiki.

Monday, June 6, 2016

1 Ramadhan...

Hari ini. 1 Ramadhan. Semoga aku mampu melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah swt kepada diriini. Semoga ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang sempurna. AMIN.

Sunday, June 5, 2016

ini baru betul'betul

Ini baru betul-betul menabung. RM10 baucer Parkson, RM50 duit bonuslink dan RM10 duit poket.
Itulah hasil aku membeli untuk hari ini. Biarlah ia menjadi satu ingatan dengan membeli barang keperluan untuk keselesaan hidup.
Aku beli bantal. RM70. Oklah dari tak tahu nok beli apa lagi.

Saturday, June 4, 2016

akhirnya...



Sejak dari pasang tak boleh nyala tapi kini...
RM35 kos pengangkutan. Terima kasih Elmark sebab datang baiki. Walaupun terpaksa bayar kos pengangkutan.

Friday, June 3, 2016

lengkaplah sudah...

3.6.2016
Lengkap untuk semua pintu. Semoga keselamatan terjamin. Sebagai satu usaha selain daripada meminta pertolongan Allah
S.W.T


Thursday, June 2, 2016

Kenangan...

Teringat kenangan lama disaat aku bergelar guru di YIK. Setiap tahun pasti menanti surat sambung nyawa.
Jika prestasi rendah surat sambung nyawa tak ada...
Itulah kenangan dan itulah hakikatnya aku bermula...

Surat penempatan yang pertama...



Slip gaji...