Thursday, September 25, 2014

1 Bestari

Mereka cemburu. Mereka katakan aku tidak sayang akan mereka. Mereka katakan tiada gambar bersama-sama mereka.Mereka meminta aku menzahirkan sayangku kepada mereka.


inilah gambar bersama-sama sebahagian anak-anak di minggu ini. Jangan risau anak-anak nanti, kita ambil gambar bersama-sama dan papa akan bagi seorang satu.

Sunday, September 21, 2014

Cuti...

13.9-20.9.2014.
Seminggu berada di kampung halaman. Memberikan satu kenangan yang indah.
Dapat berjumpa dan mengembalikan kenangan yang indah dan merakam satu memori yang bermakna.
 Menikmati maggi ketam di semerak, Pasir Putih bersama-sama Us. Rozu dan Saffuan. 2 rakan dari MADA di malam hari.
 Menikmati sarapan pagi yang indah bersama-sama Cg. Zawavi dari SKFC bersama-sama Us. Ainur.
Bertandang ke rumah Us. Rozu membawa 2 anak-anak sulong ku. Pengalaman 2006.
Berakhir percutian dengan membuat lawatan ke rumah Cg. Nik Sawiah. Malu nok ambil gambar. Haaa tiada bukti bergambar.

Friday, September 12, 2014

Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan kali-ke 57.

Hari ini telah berakhirnya sebuah lagi aktiviti yang melibatkan semua murid di SKFC.
Walaupun aktiviti ini, masih lagi melibatkan perjalanan UPSR belum selesai tapi aktiviti tetap perlu diteruskan jua.
Perarakkan basikal berhias mewarnai majlis pada hari ini.
Dapat tempat pertama...Kelas Bestari.

Menanti untuk berarak




Tahniah...No.4

Irfan Fauzan

Siap sedia




Peserta paling tua basikal berhias














Arif Hakimi dan emak-emaknya

Koleksi emak-emak Arif Hakimi











Thursday, September 11, 2014

Kesedihan...

Cg. Zawavi: Sains 

Suasana murung dan kesedihan terjelas dikalangan wajah-wajah anak-anak tersayang yang mengalami dugaan hidup di seawal usia. Inilah wajah-wajah yang tidak dapat meneruskan peperiksaan sains pada pagi ini.
Akhirnya tidak berakhir disini sahaja, ia berlarutan sehingga subjek Bahasa Inggeris juga yang telah mereka duduki pada pagi ini, juga disahkan bocor dan perlu di duduki semula.
Inilah yang dikatakan jatuh di timpa tangga. Kesedihan yang berulang-ulang.
#kuatkan semangatmu...

Bocor dan bocor

Tabahlah hatimu wahai anak-anakku
Cekalkanlah hatimu wahai anak-anakku
Dugaan yang mendatang 
pasti akan ada kegembiraannya

Hanya itulah yang mampu diperkataan. Hanya itu sahaja yang mampu dikhabarkan setelah dugaan yang melanda 2 subjek utama dalam UPSR 2014 di dapati bocor. Bermakna peperiksaan Bahasa Inggeris dan sains akan dijalankan semula.
Buatlah yang terbaik wahai anak-anakku.

Wednesday, September 10, 2014

Kemerdekaan yang ditarik...

Wajah-wajah 6 Bestari 2014.
Inilah sebahagian wajah-wajah yang menanti detik-detik terindah untuk mencapai kemerdekaan di dalam perjuangan UPSR 2014. Namun kemerdekaan tersebut di tangguhkan sehingga 30 September. 
Penantian itu sungguh menderitakan. Subjek Sains ditundakan kesan daripada kebocoran soalan peperiksaan.

Semoga semangat tersebut akan terus bersemangat dan terus bersemangat.

Tuesday, September 9, 2014

Hati.

Hati.
Hati-hati.
Berhati-hati.
Kecil hati.
Ya. Dalam Bahasa Melayu perkataan hati akan membawa memberikan banyak maksud.
Inilah yang berlegar-legar di dalam kepala ini pada dan ketika detik ini.
#tersentuh hati

Monday, September 8, 2014

Selamat Berjuang...anak-anakku

  
Selamat berjuang wahai anak-anakku. Semoga kau akan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Buat yang terbaik. Hanya yang terbaik sahaja akan dipandang oleh orang pada masa kini.

Ualang tahun...

Post pertama 7 September 2008. Hari ini 8 September 2014. Satu tempoh jangka masa yang panjang. 6 tahun. Sudah lama aku bersama-samamu. Engkaulah tempat aku mengadu hal. Engkaulah tempat aku meluahkan segala kekusutan dan kegembiraan dihati ini. Hanya engkaulah tempat yang paling aku suka.


Majlis Penyerahan Beg Tahun 6 2014

Pagi ini tercipta satu lagi sejarah buat anak-anak tahun 6, 2014. Majlis penyerahan beg sandang daripada pihak sekolah untuk mereka. Harga bukan ukuran tapi yang penting usaha mereka dihargai. Lihatlah wahai anak-anakku, betapa sayangnya ibubapa kamu terhadapmu, payah jeritmu disulami dengan kasih sayang. 4 Tahun aku berada disini, ini tahunlah aku melihat begitu istimewa sekali anak-anakku dilayan bagaikan putera raja. 
Semoga anak-anakku dapat menjawab soalan peperiksaan esok dengan baiknya sehinggalah berakhirnya perjuangan itu. Tiada ungkapan yang mampu diucapkan selain selamat mejawab dengan terbaik. Jangan hampakan harapan ibubapa dan guru semua. Buat yang terbaik untuk masa depan yang gemilang.
Salam sayang buat semua.
Menanti giliran

Kejap lagi dapatlah tu

Inilah begnya

Lambatnya ...

Sukanya hatiku

Barisan yang ditunggu-tunggu

pemalu rupanya

Bergaya sekejap

Walaupun mata bengkak, Hafiza tetap mahu bergaya