Sunday, October 30, 2011

buat apa tu?

Ini lah rutin harian, selepas mengajar. Bukan boleh dok goyang kaki. Tu tak masuk lagi lembaran kerja yang diberikan kepada anak-anak perlu di semak. Tu tak masuk lagi program Pra Sekolah Berbintang...JPN Pahang. Walaupun benda nih akan dinilai tahun depan, persiapan perlu dilakukan pada tahun ini. Kalu tak dapat skor 4 sekurang-kurangnya dapat skor 3...jangan tak berskor ajelah...
Persiapan, untuk konvo baru selesai satu...masih ada lagi banyak benda kena buat...
1. senarai lagu ....muzik konvo....bolehlah kita pasang lagu korea pah nih...
2. bunga manga...bunga yang tumbuh masa oirang nak kawin
3. suarat2 jemputan...ibubapa
4. persiapan pentas
5. persiapan dewan
6. latihan konvo......
tu sekadar menyenaraikan sahaja....sebenarnya pasti akan ada kerja-kerja secara tak langsung akan hadir pada minggu ini
Posted by Picasa

Tema: Deepavali


Aksi Al-Furqaan, Natasha dan Haziq ....muridku memakai pakaian kaum india....

Badrul dan Fadilah dari kelas Pra Arif...
Belajar mengenai budaya kaum India...perlulah alami sendiri
Posted by Picasa

Wednesday, October 19, 2011

Adik nak cikgu mana?

Adik nak cikgu mana? Cikgu A ke Cikgu B. Itulah pertanyaan seorang ibu moden kepada anaknya. Pertanyaan si Ibu dijawab oleh Cikgu C, bahawa anaknya akan dimasukkan ke dalam kelas Cikgu A.
Akhirnya si ibu menjawab, la ingat dapat masuk kelas Cikgu B.

Ibu-ibu moden sekarang , memang tinggi dia punya belang sekarang.Siap nak pilih cikgu yang bakal menentukan masa depan anaknya. Memang betul seorang ibu bapa wajib menentukan sekolah anaknya. Memang betul, sebagai ibu kita patut memilih sekolah yang terbaik kepada anak-anak kita sama ada hendak dihantar ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Maahad Tahfiz Sains,Sekolah Agama seperti Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan atau di sekolah-sekolah swasta yang cukup terkenal dengan keelitannya. Itupun ibu bapa perlu sedar diri sekirannya anaknya tidak mendapat 5A di dalam UPSR usahlah bermimpi ataupun meroyan di depan pagar sekolah-sekolah tersebutlah, buat malu kaum aje. Itulah situasi yang sebenarnya dalam kehidupan.

TAPI, KINI SUDAH BERUBAH........

Mantap, di sebuah kampung yang terpencil dari arus kehidupan. Malah sebuah bank, sebuah hotel, segalanya tiada...yang ada hanyalah sebuah penempatan yang menempatkan sebuah kehidupan yang biasa....oppssss terlupa BAJET 2012 telah mengubah segalanya....BAKAL DISENARAIKAN DI PASARAN SAHAM KUALA LUMPUR..... itu belum disenaraikan lagi, ibu bapa dah mula tunjuk taring. Hendak pilih cikgu untuk anaknya. Tu dia situasi, di sebuah sekolah yang murid-murid layak mendapat peruntukan RM100 setiap pelajar mulai tahun 2012.

Teringat aku, semasa ingin mengisi borang buat master, memang kita layak memilih pensyarah yang mana kita hendak jadikan pensyarah kita, itupun sekirannya pensyarah itu hendakkan kita. Kalu tidak terpaksalah Kita menampakkan muka yang tak tahu malu ini untuk merayu dengan pensyarah yang lain untuk menerima kita. ITU SITUASI DI UNIVERSITI.
DI UNIVERSITI...kita berhak memilih subjek yang hendak kita pilih, tapi kita juga TIADA hak untuk menentukan pensyarah mana yang hendak kita belajar. Kalu hendak juga pensyarah yang kita suka, maka teruslah menanti di semester yang lain, untuk bertemu dengan pensyarah kita suka.
TAPI ....

Kini, ibu bapa bersuara untuk menentukan cikgu mana yang LAYAK mengajar anaknya di sekolah nanti. Jangan terkejut itu baru PRASEKOLAH..... PUNCANYA...

Takut anak kulit yang cantik, anugerah dari ALLAH S.W.T kurniakan lekat kesan MERAH
akibat dipukul oleh seorang GURU yang biasa. Tiada kepakaran untuk mengajar, sebagaimana hebatnya seorang ibu mengajar anaknya dirumah. Nanti nilai hantaran anak-anak bakal terima semasa berkahwin nanti menjunam ke tahap yang rendah.

Hebat sungguh cabaran seorang guru pada masa kini. Kelayakan seorang guru akan dinilai oleh ibubapa. Sama ada anda layak atau tidak untuk mengajar anak mereka. BERSEDIALAH untuk hadapi cabaran pada hari ini. Itu mujur IBUBAPA tidak meminta gambar 8R pelbagai posisi untuk dinilai siapa yang LAYAK mengajar anak mereka. Untuk disertakan dengan gulungan-gulungan kelayakan AKADEMIK yang ada. Kalau setakat ada ijazah biasa dengan disaluti kursus penguruan lepasan ijazah jangan haraplah terpilih untuk mengajar anak mereka. BERSEDIALAH GURU MUDA

Tuesday, October 18, 2011

Tomato ceri......


Inilah hasil tangan, anak-anak Pra Bestari. Ahkir pokok tomato ceri yang ditanam oleh mereka mula membuahkan hasil. Walaupun banyak anak-anak pokok yang mati. Pokok tomato ceri yang ditanam ini merupakan hasil sumbangan biji benih daripada Tuan GB kepada prasekolah.













Ditanah sebesar inilah, projek tomato ceri berdiri. Memang betul cakap-cakap orang tua, berbudi dengan tanah akan dapat hasilnya. Jika berbudi dengan manusia entahlah akan dipandang entah tidak segalanya tidak pasti. Untung sabut terapunglah, untung batu akhirnya tenggelamlah. Tenggelamnya sebagainya tak timbul keris Taming Sari,


Posted by Picasa

Wednesday, October 5, 2011

karangan pertama..PraBestari

Mulai kelmarin, 4.10 aku mula satu lagi aktiviti baru dalam kelas. Aktiviti menulis cerita pendek (karangan) di kalangan murid-muridku. Hasilnya amat membanggakan. Mereka ada idea, tahu apa nak buat dengan tajuk yang diberikan. Ada yang dapat tajuk sekolah, cili, kek, baju, guli. Walaupun ayat mereka mudah, tapi sekurang-kurangnya mereka ada idea yang hendak disampaikan.

Karangan Adham pada hari ini bertajuk sekolah.

Shima punya hasil karya...

Ayu...menebus kelemahan kelmarin yang gagal mendapat ganjaran....

Nurin dengan tajuk bola...berusia 5 tahun...

Iqwan..dengan tajuk semut. Semut gatai( semut warna merah...jika di gigit pasti akan gatal kulit..)

Hasil karya Adham pada 4.10. Satu kejutan yang diberikan oleh muridku.

Posted by Picasa

Monday, October 3, 2011

Projek Sayur Pra Bestari

Betullah orang tua-tua cakap...berbudi dengan tanah akhirnya memang menguntungkan. Hasil tanaman pokok sawi...Pra Bestari jimat duit untuk beli sayur, budak jadi sihat dan kuat. Akhirnya sawi telah dituai....Insya Allah anak-anakku, kita akan tanam pokok ketumbar dengan pokok sup pulak...lepas nih kita makan sup ayam, sup nuget, sup hotdog...sabarlah. Kita nanti Cikgu Ros semai dulu....

Sayur sawi...begitu hijau

cantik...selamat dimakan begitu sahaja...tiada racun serangga

Projek Sains...Pokok A...lihat peranan cahaya matahari terhadap pertumbuhan tumbuhan. Pokok B sudah mati. Pokok B ditutup dengan kotak, cahaya matahari tidak dapat diterima oleh pokok. Pokok A bebas hidup dengan tenang..akhirnya pokok A dijadikan sayur goreng.Sama-sama mati....

Akma Najihah menuai hasil

Adham mencabut hasil...kecil macam tuannya juga

Yang ini bergambar dengan hasil air tangan sendiri....
Posted by Picasa