Monday, June 28, 2010

5 Zamrud....

Pertama kali menjejaki kaki ke kelas ini pada hari ini, pelajar semua diam sahaja. biasalah pelajar akan membuat penilaian kepada kita pada pertemuan pertama...maka jangan terlalu bangga dengan pertemuan pertama, sebab maklumat yang diperolehi dari guru2 lama perangai mereka amat teruk...maka aku perlu berhati2 dengan mereka....
harap mereka boleh memberi kerjasama yang sewajarnya kepada aku nanti...Kajian Tempatan merupakan kelas pertama yang akan aku ajar mereka.....

terima amanah...

Hari ini aku sudahpun terima amanah untuk mengajar, penantian untuk menerima jadual mengajar akhir sudah dapat. PSK, KT dan KH selama 10 masa untuk seminggu.
5 Mutiara, 4 Delima bagi subjek PSK, 5 Mutiara dan 5 Zamrud bagi KT dan 5Belian untuk KH.
Hari ini juga dah berjumpa dengan Tuan Hj Mastor, pensyarah pembimbing aku. Hantar jadual waktu kat dia orang.
Hari ini masuk kelas Puan Noorazwa Ghazali salah seorang guru pembimbing aku melihat dia mengajar subjek Kajian Tempatan di kelas 5 Zamrud sambil memperkenalkan diri ini yang akan mengambil alih tugasan beliau selama 12 minggu. Terima Kasih.
5 zamrud dikatakan kelas yang bermasalah sedikit...pelajar yang berada di rank ke 4 dalam tahun 5, boleh membaca tetapi berperangai sedikit teruk... satu ujian buat diri ini...harap mereka akan memberi kerjasama yang diinginkan oleh aku...guru jenis SS perlu dilakukan dalam kelas ini...

Sunday, June 27, 2010

hari pertama

selepas melaporkan diri di sekolah, aku menghadiri diri ke majlis perhimpunan mingguan. semua acara berlangsung di dewan terbuka Syed Jan.....
Hari ini jadual waktu masih lagi belum dapat lagi...mungkin esok...

kembali semula.........

jam 12 tengahhari mula bertolak dari rumah dari Perlis untuk ke Sungai Petani....
Segalannya berjalan dengan ok...walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal yang tidak di dugakan,,,
Motor selamat sampai dengan baik...syukur
Berjaya masuk kedalam rumah sewa ...lebih kurang jam 8 malam...
Kira oklah....

Saturday, June 19, 2010

kembali......

semua telah pergi ke tempat mencari sesuap nasi masing2...hanya tinggal aku sahaja yang masih berada di tanah leluhur sebelum berangkat 24 hb nanti ke SP...tinggallah Cik,AyaH, Cik Nab dan Idin sahaja lagi...
huhuhuhu

Monday, June 14, 2010

Terima Kasih....Malaysia

Terima Kasih berbanyak banyak Malaysia diatas keprinhatinan kepada rakyat Malaysia...Inilah yang ku cari-carikan selama ini....

rejab kembali......ramadhan hampir lagi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

buat mereka yang masih lagi berhutang dengan Allah s.w.t ambillah peluang bulan Rejab untuk membayar hutang yang masih lagi tertunggak....

Friday, June 11, 2010

penat...........

malam ini segalanya sudah selesai...
bermula kelmarin lagi proses menyediakan peralatan untuk majlis malam ini perlu disediakan. malam ini segalanya berakhir lebih kurang jam 11 malam. Masih ada sedikit lagi yang tak siap buat naik kat atas rumah...
Hari ini...pertama kali dalam sejarah aku menjenguk kaki ke Muktamar PAS...bukan pergi melihat perjalanan aktiviti tersebut sebaliknya pergi membeli Jus Tok Guru buat anak saudaraku dan KH Kopi buat ibuku....

Friday, June 4, 2010

Ya Allah....ampunkan aku....

Entahlah kadang-kadang kita sebagai manusia ini tidak pernah pun terlintas dihati dan sanubari untuk melakukan kesilapan akhirnya mengundangkan titik-titik dosa dalam diri. Manusia itu sendiri mengetahui melakukan dosa-dosa akhirnya akan menyebabkan balasan diakhirat nanti amat berat dalam seksaan api neraka. Namun apakan daya...kita sebagai manusia adalah insan yang paling lemah..godaan syaitan yang membuak-buak dalam dendam kesumat akhirnya akan menyaksikan titik-titik dosa akan semakin bertambah dalam kehidupan kita ....
Laratkan kita sebagai umat manusia yang lemah untuk menanggung himpunan dosa-dosa yang dilakukan sesama kita...
Marilah kita pakat-pakat bermunasabahkan diri sesama kita....
Janganlah kita menyakiti hati sesama insan yang lain...jika kita tidak ingin melihat kesengsaraan kita diakhirat nanti...
Kerana dosa sesama manusia adalah sukar dimohon keampunan jika tidak bermohon kemaafan sesama kita.....
Ya Allah ampunkan dosa hamba mu ini...dan berikan kekuatan dalam hamba mu ini melawan hasutan-hasutan syaitan....
Ya Allah...hambamu bersyukur kerna hamba mu ini akhirnya dapat jua mengawal hasutan syaitan yang membuak-buak...walaupun dosa tetap dilakukan setelah menanggung dosa...walaupun dendam masih lagi ada....hanya bentuk dendam itu bertukar dari perancangan awal...setelah dendam kesumat semakin beransur pergi....