Sunday, January 31, 2016

Tunaikan...

Syukur. Walaupun tidak banyak aku masih lagi mampu menunaikan tanggungjawab kepada orang tuaku.
Selagi ku mampu selagi itulah aku galas tanggungjawab.

kamera...

Syukur. Kamera aku kembali sudah boleh tutup lens dan kembali boleh digunakan.
Setahun ia tidak berfungsi. Hari ini dah boleh tutup. Terima kasih  Ya Allah kerana masih memberi ruang kepada hamba mu ini.
Kamera ini sungguh besar jasanya. Dalam proses aku merakam kenangan kehidupan.
2009... tahun ku beli. Kesan daripada sambung belajar di UUM. Duit sumbangan Kerajaan Negeri sebab sambung belajar.
2014... terjatuh. Menyebabkan ia tidak boleh berfungsi. Biarlah memori ia menjadi kenangan
31.1.2016 kembali ok.

Saturday, January 30, 2016

langkah pertama...

Tahun ini diberi ujian dan dugaan. Aku terima walaupun terikat dengan seribu satu cabaran yang tergalas dibahuku.
Semoga Allah menerima doaku. Agar kejayaan akan memihak kepada anak didikku. Aku hanya mampu berharap dan berharap.
Semoga anak-anakku dapat memberikan kejayaan kepadaku. AMIN
Hari mengikuti seminar di SK Tun Fatimah untuk Bahasa Melayu UPSR...

hanya ini...

Hanya ini sahaja peganganku untuk kuatkan semangat. Tahun ini, usiaku sudah mendaki ke titik 37 tahun. Tapi masih tiada perubahan untukku. Masih ditempat yang sama.
Mungkinkah ini takdirku. Mungkinkah?

Andai ini takdirku. Aku berharap doaku akan dimakburkan olehmu Ya Allah agar orang yang ku sayang terus menyayangiku. Amin.
Hanya itu yang ku harapkan. Agar masa depanku akan bersemi. Jadilanlah dirinya anak yang soleh.


Wednesday, January 27, 2016

majlis watikah pelantikan pengawas, pengawas PSS dan Ketua dan Penolong Kelas

Sejarah tercipta untuk sekolah untuk hari ini. Terima kadih warga SKFC atas komitmen yang diberikan. Tahniah.
Tahniah buat
Ketua  Pengawas Lelaki: Mohammad Hazim
Ketua Pengawas Perempuan: Habibah Maisarah Harith
Penolong Ketua Pengawas Lelaki: Mohammad Alif Zikri
Penolong Ketua Pengawas Perempuan: Nor Anina Rosli

Sunday, January 24, 2016

3 Bestari

Hari ini mulakan langkah untuk ke depan. Biarlah perlahan-lahan untuk keceriaan anak-anak 3 Bestari SKFC 2016.

Cat baru

Sumber daripada jiran, Nik telah menunjukkan perubahan pada warna rumah aku. Warna kedua menjadi pilihan. Terima kasih kepada pemaju yang berjaya menuruti hajat ini. Walaubagaimanapun kita tetap perlu mengkaji dengan lebih dekat apa yang masih bermasalah lagi dengan rumah ini.
Tunggu cuti tahun baru cina.



Friday, January 22, 2016

intipati...PIBG SKFC 2016

Boleh disimpulkan. Teguran membina daripada ayah murid kepada sekolah adalah sesuatu yang terbaik.
Projek kecemerlang UPSR perlu memberikan impak yang hebat untuk kualiti keputusan bukannya kuantiti perbelanjaan yang dikeluarkan oleh sekolah.
Teguran tadi adalah teguran yang paling bernas dan tidak boleh dipandang sepi. Pihak sekolah perlu mengambil pandangan tersebut sama ada untuk pra UPSR, UPRS mahupun Pasca UPSR. Program yang disusun perlu meliputi pembangunan sahsiah murid.
Tahniah kepada Encik Tarmizi di atas teguran dan pandangan yang diberikan. Pandangan ini diharapkan menjadi teras pembangunan kecemerlangan.

Teruskan melangkah...

Teruskan melangkah Zaharonizal. Usah memandang ke belakang andai langkah ke belakang menyakitkan.
Teruskan ke depan. Bukan masa untuk mengalah. Usah pedulikan kedinginan yang terjalin andai dikau tidak tahu dimana puncanya.
Teruskan melangkah dengan impian yang menggunung.
Biarkan detik masa yang berlalu menghapuskan debu-debu langkah yang songsang.
Tidak rebah engkau berdiri Zaharonizal andai satu yang tidak bersama. Tidak cacat langkahmu andai satu tidak bersamamu.
Percayalah Zaharonizal masih ada yang sudi merawat lukamu andai ia terluka.
Kuatkan jiwamu untuk terus bertahan agar impianmu terus utuh.
Kirimkan doa berpanjangan agar ia menjadi kuat.

Wednesday, January 20, 2016

Terkini...

Malam ini cuba mendapatkan perkembangan terkini proses pembaikian rumahku. Menerima jawapan yang sendiri tidak dapat selesaikan.
Minggu depan dia menyatakan akan siap sepenuh. Maklumat akan dimaklumkan kemudian.
Tak sabar untuk melihat perubahan warna pada rumahku. Semoga selepas ini akan menyebabkan aku berpuas hati dengan hasl kerjanya.
Bersabarlah hati. Tak sabar rasanya untuk melihat dan menjenguk "adikku".


Tuesday, January 19, 2016

Ilmu...

Kadang-kadang kita merasakan diri kita sudah terlalu pandai,
Kadang-kadang kita lupa yang kita masih perlu meneroka ilmu

Itulah yang terjadi pada hari ini, kepada diri ini. Proses pemilihan Ketua Pengawas buat cara pilihanraya ada sesuatu yang salah dan bertentangan dengan pekelililing yang telah dikeluarkan oleh kerajaan pada tahun 2010.
Puncanya kita tidak tahu.

Pilihanraya... SKFC

Syukur. Semuanya telah selesai. Julung kali Sekolah Kebangsaan Felda Chemomoi membuat sistem pilihanraya untuk memilih calon Ketua Pengawas Sekolah Lelaki dan Perempuan. Penat tapi seronok kerana dapat menonjolkan salah satu sistem yang digunapakai oleh kerajaan di seluruh dunia dalam memilih pemimpin. Inilah pembaharuan demi pembaharuan.
Hari Penamaan Calon dilakukan pada hari jumaat 14.1.


Hari kempen pada hari Isnin 18.1
Kempen dan perkenalkan calon dilakukan pada hari Isnin dan Selasa.
Hari mengundi. Hari Selasa. Terima kasih kepada yang sudi mengundi.
Pengundi Pengawas sekolah 51 0rang
Pengundi Pengawas PSS 40
Pengundi guru 32 orang
Tidak mengundi 11 orang ( 1 orang murid)
Undi rosak 2 undi
Konsep demokrasi dapat diterapkan diminda murid.






Tapi sayang. Rupa apa yang dilakukan adalah sesuatu yang salah. Ada pekeliling yang tidak membenarkan aktiviti ini dilakukan.
Pertama kali delete album dalam FB sebab takut ia menjadi isu.

Monday, January 18, 2016

Budaya baru... SKFC

Budaya baru Sekolah kebangsaan Felda Chemomoi dilancarkan pada hari ini.
Budaya tunduk hormat kepada guru. Semoga ia menjadi amalan di sekolah.


AlFatihah

Al-fatihah buat Asyraf Zulkarnain yang telah pergi buat selama-lamanya hari ini.
Aku pernah mengajarnya ketika di Maahad Rahmaniah pada tahun 2009. Semasa itu dia berada di kelas 5C. Kelas yang semua muridnya lelaki.
Semoga tenang disana. AlFatihah.

Sunday, January 17, 2016

Tahniah

Tahniah. Buat anak didikku Siti Rosnida di atas perkahwinan nanti. Insya Allah. Saya cuba untuk hadir ke majlis tersebut.

Semoga kejayaan ...

Semoga kejayaan milikmu. Aku hanya mampu berdoa agar kejayaan akan menjadi milikmu. Biarlah penat di masa sekarang jangan penat dimasa tuamu. Belajarlah bersungguh-sungguh wahai anakku. Agar kejayaanmu akan terus cemerlang.
Jadikan kejayaanmu sebagai hadiah yang tiada nilainya kepada orang tuamu.
Terima kasih kerana sudi berkongsi info.
#raikankejayaanuntukyangtersayang
#akhiripenantianku

Ya Allah...

Ya Allah Ya Tuhanku. Aku bermohon hilangkan kecurigaan diri ini terhadap anak didikku. Andai dia yang melakukannya aku bermohon ia akan insaf. Andai itu kesilapan andaianku aku memohon keampunan.
#kotakhijau
#hijauterjatuh
#curiga

Saturday, January 16, 2016

Kenduri

Selesai. Hadirkan diri ke majlis aqiqah anak kamil di mempaga.
Walaupun akhirnya aku terpaksa mengalah. Mabuk perjalanan. Walau apapun terima kasih. Di atas segalanya.



Thursday, January 14, 2016

Rehat...

Rehatkan diri. Temani anak SKFC rehat. Selesai mengenyangkan perut sendiri. Teman anak SKFC rehat.


Mesyuarat jawatankuasa disiplin sekolah hari ini telah memutuskan dan bersetuju untuk 2 perkara yang dibayangkan selama ini:
*Tunduk hormat kepada guru
*Sistem pilihanraya untuk jawatan ketua
pengawas lelaki dan perempuan.
Semoga apa yang baik menjadi permata hendaknya.

Wednesday, January 13, 2016

SKFC 2016

Majlis Perpisahan GB Puan Sahara. Memulakan tirai 2016 dengan jayanya pada hari ini.
Semoga GB Puan Sahara Jamaludin terus berjaya di SK Lebu.
Dari tahun 2011...
Puan Fatimah Aini Ali
Encik Shamsudin Basir
Puan Sahara Jamaludin
Encik Zawavi.
Tahun ke enam bersama 6 orang guru besar.






Tuesday, January 12, 2016

Bola Baling

Tahun kedua. Membantu Cikgu Azmi melatih bola baling. Teruskan sahaja walaupun serba kekurangan pada diri ini. Ku teruskan jua demi tanggungjawabku. Tiada yang lebih penting selain melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Ilmu sentiasa perlu dicari untuk kelangsungan hidup ini.



Monday, January 11, 2016

Semoga selesai...

Semoga keributan yang berlaku antara anak saudaranya kembali pulih.
Bukan hendak masuk campur. Tapi terpaksa sebab terlibat sama.
Susah juga hendak jadi guru yang cakna anak murid ini. Tapi inilah cabarannya.




Sunday, January 10, 2016

sorry

Maaf dan maaf Kak Manisah. Saya betul2 tak sangka. Terjadi kes ini.
Saya bertanya sebab group wsap 5Arif bagi tahu. Saya pun bertanyalah untuk kesahihan cerita. Kalu tahu kes kurang ajar sebegini berlaku tak ingin saya hendak tanya pun.
Sebab aku, memang kaki sibuk apa yang berlaku dengan anak murid.
Walaupun sikit pun aku akan bertanya.
Wan Aiman aku ambil peduli. Sebab aku sayang. Kalau aku tidak ambil peduli itu tandanya zalim untuk aku.
Tak apalah mungkin ini pengajaran untuk aku jangan lebih-lebih.
Baik aku bertanyakan tentang Wan Aiman sahaja. Sebab sampai sekarang hubungan aku dengan famili dia madih lagi ok.
Sebab famili dia tahu aku sayang anak dia. Sebab itu aku ambil peduli.

Terima kasih

10.2.2015
Permulaan aku. Sebab terpaksa. Kesan Aiman patah tangan kali kedua. Aku ingin melihatnya. Aku cekalkan hati.
Terima kasih atas kesudian.
Cukup setahun. Aku bertanya khabar tentangnya melalui saluran yang betul.

Saturday, January 9, 2016

samsung J5

RM790 bertukar tangan pada hari ini. Aku beli yang baru.

Friday, January 8, 2016

Satu kelainan..

Satu kelainan untuk hari ini. Walaupun ia cukup asing dk Chem
Tapi untuk negeri lain ia adalah normal.
Mungkin ibunya terikut-ikut dengan sekolah ditempat asal. Tapi itu bulan menjadi masalah sangat. Ia tidak menjadi masalah yang besar.
Harap  ia akan  menjadi realiti, OK juga. Comel. Kemas.
Inilah satu kelainan yang dilakukan oleh Shuhairi. Seorang anak yang paling baik. Semoga Shuhairi menjadi anak yang cemelang suatu masa nanti.

Wednesday, January 6, 2016

Pelik...

Esok mahu pergi mengajar subjek sejarah tahun 6. Masalahnya tiada kitab untuk rujukan murid-murid tahun 6. Murid tahun 6 baru hendak bermula mengenal sejarah. Tapi kitab tak wujud. Begitu hebat sekali sebuah negara, tiada persiapan yang mantap. Inikah negara yang cuba menjadi negara yang maju pada tahun 2020 tapi hakikatnya persiapan ke laut.
Negara lain jika tahu tengokpun dah rasa pening.Pening.
Hendak membuat sesuatu yang baru tapi persiapan tiada. Hendak ubah sesuatu tetapi persiapan tak mantap. Maka akhirnya yang merasa keperitan hanyalah orang bawah.

Berdoa...

Melihat akan kenangan terus teringat akan janji-janjimu. Aku hanya mampu berharap  engkau akan terus memekarkan janji-janji itu dalam semangat hidupmu. Jika kita yang tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri. Siapa lagi yang mampu memajukan diri kita sendiri.
Percayalah susah senang kita pada peringkat awal , Allah s.w.t akan permudahkan pada suatu hari nanti. Tapi jika kita memilih untuk hidup senang pada peringkat awal. Allah s.w.t juga akan menunaikan permintaan kita. Tapi sanggupkah kita untuk hidup sengsara pada pengakhiran hidup kita. Jalan yang sudah terbentang hanya di dalam genggaman kita. Pilihan di tangan kita, jadi buatlah yang terbaik.
Aku percaya engkau mampu bangkit untuk kejayaan yang lebih cemerlang. Teruskan istiqamahmu untuk terus berusaha, Aiman.
Jadikan kegagalan pertama Aiman, untuk terus melangkah dengan langkah kejayaan pada masa depan.

Monday, January 4, 2016

Kisah hari ini...

Kisah hari ini. Hari pertama persekolahan untuk tahun 2016. Perjalanan persekolahan berjalan dengan lancar. Tak ada yang pelik.
Meneruskan perjalanan hari ini dengan penuh semangat. Tiada yang lain daripada yang lain.
 Bersama rakan-rakan yang lain. Meneruskan perjuangan yang baru bermula...
 Shuhairi dan Hasif...kredit daripada Nik

Sunday, January 3, 2016

Cabaran...

2016
Gelombang kehidupan tahun ini semestinya akan menjadi lebih menganas. Terlalu sukar untuk diperkatakan.
Cabaran...
  • Meneruskan tugasan di SK Felda Chemomoi
  • Memastikan kejayaan, kebahagian dan kegembiraan diri sendiri
  • Memastikan keputusan anak ku meningkat
  • Memastikan perancangan 2016 berjalan dengan lancar
  • Memastikan budget untuk anakku akan sentiasa cukup.

Terkejut

Ya Allah Ya Tuhanku...
Masa aku dapat keputusan Aiman masa mak dia poskan kepada aku, aku dah terkejut sebab teruk sangat. Tapi kali ini aku lagi terkejut sebab dalam tingkatan dia no 2 terakhir.
Ya Allah Ya Tuhanku... bukalah pintu hatinya untuk belajar bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan. Keputusan seperti ini amat teruk. Jangan lalai wahai anakku. Belajarlah bersungguh-sungguh demi sebuah kejayaan yang cemerlang.
Mungkin disebabkan tahun lepas, Aiman banyak tak boleh pergi sekolah... patah tangan, penyakit kudis berkali-kali, itu mungkin punca kejadian tersebut yang memungkinkan dia gagal.
Atau disebabkan keluar dengan aku setiap sebulan sekali. Entahlah. Takut aku melihat keputusannya ini.
Semalam dah cukup lama aku berpesan kepadanya supaya belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan menjadi miliknya.

Ayah penyayang

Biarlah aku menjadi ayah yang penyayang buat anak-anak didikku pada tahun ini.
Percayalah walaupun aku garang dengan dikau, tidak pernah terdetik pun dihatiku membencimu,
Aku sayang kepada mu. Aku  hanya inginkan yang terbaik daripadamu.
Kasih sayangku tidak pernah luntur kepadamu.
Buat anak tersayang...
Belajarlah bersungguh-sungguh, aku ingin melihat kejayaan dikau pada tahun ini.
Di bahumu tergalas seribu satu tanggungjawab yang perlu engkau tunaikan.
Sebagai anak lelaki dalam keluarga, engkau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keluargamu.
Jadi janganlah hampakan harapan keluarga dan orang yang menyayangimu.
Semoga kejayaan, kebahagiaan,dan kegembiraan milikmu.
 
Betul, itulah kadang -kadang dilakukan olehku andai merindui saat-saat bahagia.
Cukup dengan menatap gambar-gambar yang akhirnya boleh mengembirakan hati ini.

Saturday, January 2, 2016

Tunai...

Selesai menunaikan hajat. Terubat sudah penantian. Pukul 8.50 hingga 10 malam berada di rumah keluargamu di Bukit Puchong. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiranku. Semoga menjadi anak yang baik ya, Aiman. Aku menanti kejayaan yang akan kamu berikan kepada kedua orang tua mu. Aku hanya mampu mendoakan kejayaan mu sahaja. Ilmu tanpa usaha tidak akan ke mana-mana.
Malam ini sekali lagi aku menaruh kepercayaan yang tinggi terhadapmu. Aku percaya pada kata-katamu. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui apa yang telah engkau lakukan. Tetapi percayalah aku sentiasa percaya kepadamu, Aiman.

Bekas pensel ini hanya tinggal satu sahaj. Satu lagi telah ku serahkan kepada anakku, agar digunakan olehnya di sekolah nanti. Walaupun ia tidak mahal percayalah aku ikhlas membeli untukmu. Warna Maroon untuk Aiman. Biru  untuk ku.
Gunakanlah apa yang aku berikan kepadamu untuk kebaikan mu, jangan guna untuk benda yang tidak berfaedah.