Wednesday, June 28, 2017

Setelah 15 tahun...

Setelah 15 tahun terpisah. Kini kembali bertemu di Aeon Mall Kota Bharu. Idea Halim tercetusnya pertemuan ini. Terima kasih buat Shamin atas belanja tadi di Johnny. Terima kasih juga buat Fendi aka Wok Lo.

Monday, June 26, 2017

1996...SMPutera


Inilah kad raya paling lama...1416...di saat umur baru 16 tahun. Sampai kini masa ada lagi.  Terima kasih buat Mat Husen sebab masih lagi menyimpan koleksi kita di usia remaja sampai kini.

Sunday, June 25, 2017

Selamat hari raya 2017

Hanya kenangan yang terukir...







Orang Melayu

Dari maghrib sampai sekarang jam 1.36 pagi. Suasana bunyi mercun tidak pernah berhenti. Sahut bersahutan setiap penjuru alam.
Bertapa bodohnya bangsaku dalam meraikan hari kemenangan.
Bazir. Amalan syaitan. Tapi bangsaku tupanya syaitan itu.
Itulah bangsaku.

Saturday, June 24, 2017

Bidai...

Siap juga pasang bidai. Beli 5 hanya mampu pasang 2. 3 lagi ada masalah. Nak kena pergi lagi ke Nilai. Pergi tukar. Nasiblah.
Semua yang dapat pasang 3. 3 lagi tunggu pergi tukar dulu.



Terima kasih Faiz.

Tuesday, June 20, 2017

Layan...

Hari ini dalam Nilam. Malas pula. Biasa aku rajin sahaja hendak mengajar. Hari ini malas. Maka aku buat Nilam ikut jadual.
Akhirnya...

Inilah Shahbudin... anak pra dulu. Namun zaman pra dia dalam kelas Arif dan Cekal. Inilah sepupu anak praku Saifullah.

Sisih...

Selesai jua aku menyisih baju- baju yang rosak di dalam almariku. Agar sedikit kosong.

Biem 

Sunday, June 18, 2017

Berbelanja@seremban

Selesai juga. RM400 melayang di kedai Khyber Maju di Nilai 3. Beli bidai dan patchwork untuk cik.

Di Parkson, Prima Mall aku rembat 2 helai baju kemeja yang bernilai rm39 sehelai dari harga asal rm189 dan sepasang selipar jenama renoma berharga rm89.50 dari harga rm179.
Pergi bersama Alif Zikri.



Banyak juga dia berbelanja sehingga licin duit rm230 yang dibawanya.
Berbuka puasa di Nandos.