Saturday, January 30, 2010

jumpa fendy

hari ini keluar dengan fendy. dah lama tak keluar bersama sejak tamat ngaji kat usm. hari ini pula boleh jumpa.kira ada rahmatlah datang sg petani nih. boleh kembalikan hubungan yang terputus secara realiti namun hubungan secara maya masih tetap berjalan..
makan2 kejap...tesco jadi sasaran selepas itu....
apa lagi membeli belahlah...

Friday, January 29, 2010

ronda-ronda

jam 11 pagi, setelah aku selesai basuh baju, aku mengambil keputusan untuk keluar dari maktab menuju ke pusat bandar sg. petani.yahooooooo aku kini bebas berlari dan berlari....
dari stesen bas menuju ke the store, menuju lagi ke masjid sultan mudzaffar shah pastu menuju the store sp plaza, berbelanja kat sini kejap. habiskan apa yang ada. menuju lagi ke the store untuk berbelanja lagi dan pulanglah aku menggunakan kereta sewa. jam 5 petang sampai di asrama.

terasa segar sedikit.... boleh jalan2 dan berbelanja....

Thursday, January 28, 2010

selesai sudah.....

akhirnya selesai sudah kelas untuk hari ini, selesai aje pengurusan gerko maka dengan lain kata selesailah sudah kelas untuk hari ini.
apa lagi main internetlah jawabnya aku. tugasan dah banyak yg dapat...insyallah pasti siap juga akhirnya nanti. amin.

entahlah apa yg nak buat untuk selesaikan hidup pada hari ini...

Sunday, January 24, 2010

Pindah ....

hari ini, aku pindah masuk asrama. Aku meninggalkan rakan-rakan di rumah nun jauh disana. Terima kasih atas segalanya. Segala kerjasama, pertolongan dan sebagainya selama berada disana amat dihargai.
Terima Kasih

Al-Fatihah

Lebih kurang pukul 5.30 petang, aku menerima SMS dari Syafiq pelajar tingkatan 6 atas, menyatakan pelajar tingkatan 4 MRKK yang diberi nama Aiman B Syukri telah pergi buat selamat-lamanya disebabkan oleh kemalangan jalan raya akibat dilanggar oleh lori di lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada jam 3.30 petang tadi. Allahyarham telah meninggalkan kita semua. Manakala rakannya, yang juga merupakan anak kepada ustazah Nik Hamnah masih lagi tidak sedarkan diri. Semoga roh Aiman akan diletakkan ditempat yang telah ditetapkan oleh penciptannya dan semoga Fakrullah akan kembali pulih seperti sediakala. Amin

Saturday, January 23, 2010

perjalanan yg pertama

hari ini, merupakan kelas pertama aku sebagai pelajar KPLI-SR. Jam 7.30 pagi berlangsung perhimpunan pagi yg akhirnya akan menjadi rutin kami pelajar kpli-sr selamat 3 bulan nanti.
jam 8 pagi kelas pertama aku, kelas Intel...kelas teknologi maklumat. seterusnya kelas major aku kajian sosial kelolaan Puan Esah Bt Jali. satu kelas yang cukup seronok untuk diikuti.. lagu warisan nyanyian Sudirman berkumandang dalam kelas mengikut arahan Puan. Memang ini merupakan kelas yg paling menyeronokan.
kelas hari ini hanya berlangsung sekejap aje, disebabkan oleh gangguan elektrik.
hari-hari yg boleh dikatakan hari yg menyeronokkan....

Friday, January 22, 2010

jumaat yg pertama....

hari ini merupakan jumaat pertama aku berada di sini( IPGKSAH).semoga jumaat ini akan mencetuskan segala keseronokan yg akan menggamit kenangan terindah selepas ini. diharapkan hari-hari ceria selepas ini akan terus melangkah bersama-sama diri ini sehingga segulung diploma berjaya ku genggamkan.

Thursday, January 21, 2010

selesai sudahhhhhhhhhhhhhh

hari sabtu nih kelas akan bermula, setelah selesai minggu pengurusan diri pada jam 3.30 petang tadi.
kelas bermula....maka segalanya akan berubah...harap segalanya akan berjalan dengan lancar.amin

Wednesday, January 20, 2010

Maktab Sultan Abdul Halim

hari ini baru aje baru ada peluang untuk aku menggunakan internet setelah bebarapa kali percubaan untuk mendapatkan line internet....
bermula pada 18 -21hb ini aku akan mengikuti orientasi di maktab...
jadual sangat padat dan padat...tapi syukur boleh diikuti...
hari ini....ada sedikit kelukaan pada diri ini ketika mengikuti program hari ini, aku terjatuh tepi longkang ketika melalui kawasan itu....ahhhhhhhhhhhhh

Saturday, January 16, 2010

sabtu..16 1 2010

hari ini hari terakhir berada di kb..malam nanti aku nak g kangar sebelum aku melangkah ke sg petani untuk bertapa seketika nanti.
maka perjalanan hidup hari ini perlu dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti yg perlu dilakukan untuk bekalan tempoh pertapaan nanti.

Thursday, January 14, 2010

hari-hari terakhir....

14.jan.2010 merupakan tarikh keramat dalam diri ini. Hari ini merupakan hari-hari terakhir aku bergelar sebagai guru di Yayasan Islam Kelantan.
Sekolah Maahad Rahmaniah menjadi sekolah terakhir aku berkhidmat sebagai seorang guru.
Urusan terakhir aku sebagai guru hari ini ialah menyelesaikan segala urusan kewangan bayaran hutang pelajar PMR dan kelas 3E 2009. segalanya dapat diselesaikan. Amin
Jam 1.15 petang aku melangkah kaki ke masjid Solahudin Ayubi untuk bersembahyang zohor dengan berimankan Us. Mazlan. Ini merupakan zohor terakhir bersama us lan.
Setelah selesai sembahyang zohor, aku melangkah ke rumah sewaku untuk mengambil beg pakaian untuk pulang ke rumah.
Singgah sekejap ke rumah sewa Syafiq bertemu mata untuk kali terakhir.
merempit pulang ke rumah...jam 5 petang sampai ke rumah...
selamat tinggal MRKK....Selamat tinggal Kuala krai...semoga berjumpa lagi dengan kenangan berbeza.terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup ini sepanjang hidup di bumi Kuala krai.
Kak Ani dan keluarga, geng rumah sewa Aiman, geng rumah sewa Syafiq, Shah, Jihan, warga MRKK dan pelajar MRKK...kenangan bersama dirimu banyak menguji kehidupan ini. terima kasih atas segalanya.....

Monday, January 11, 2010

isnin

hari ini aku masih lagi pergi ke sekolah walaupun seketika sahaja. namun masih sempat diri ini masuk ke kelas 1b dan 1c dan sempat hinggap seketika ke kelas 1a. untuk kali terakhir. namun begitu aku tidak masuk ke kelas 5b....terasa berat untuk bertemu dengan dia orang. malas kelas 5c@othman juga tidak aku jenguk walau seketika...kerana hati ini berat untuk berpisah...terima kasih kepada pelajar 5 othman yang sudi menyediakan alas meja dalam kelas sebagaimana dikehendaki oleh diri ini. teruskan usaha anda kerana anda memang yang terbaik...

rumah sewa syafiq and the geng...




semalam selepas aku membuat pemindahan harta bendaku dari rumah sewaku, aku ingat terus nak pulang ke kota bharu..tapi rupanya aku perlu dapatkan tandatangan dari pihak mudir untuk urusan surat rasmi. maka aku perlu dapatkan tempat tinggal yang boleh aku berteduh. alamaknya rupa sewa pelajar yang jadi sasaran aku.terima kasih semua kerana sudi menumpangkan diri ini seketika. terima kasih juga atas jamuan yang dilakukan semalam. terima kasih banyak2.kenangan yang terpahat dalam perjalanan hidup ini akan sentiasa akan terukir indah disanubari ini.

Saturday, January 9, 2010

kelas terakhir....

hari ini hari terakhir aku, pergi kelas diploma pendidikan UUM YIK.....minggu depan aku tidak lagi akan menjejak kaki ke sana...inilah yang dikatakan pengorbanan yang terbesar aku lakukan. walaupun hakikatnya sebanyak RM 10 000 telah aku laburkan untuk mengikuti kursus ini...tapi apakan daya....jalan yang aku pilih selepas ini adalah jalan yang bagi aku adalah jalan yang paling betul....insyaallah semoga pilihan aku adalah pilihan yang tepat...

2007, aku telah melepaskan satu tawaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengikut kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ( DPLI ) di Universiti Sabah Malaysia dalam bidang Geografi. semasa tawaran itu, aku masih lagi mengajar di MADA...

Maka aku berharap pilihan aku kali ini adalah pilihan yang paling tepat....

Friday, January 8, 2010

penantian kini berakhir...........

dari tahun 2002-2010 aku menanti dengan penuh sabar akhirnya terjawab sudah....

SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2010
MAKLUMAT TAWARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
NOMBOR KAD PENGENALAN : 790309035041
NAMA : ZAHARONIZAL B OTHMAN
KURSUS : KAJIAN SOSIAL
TEMPAT : INST PEND GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
: JLN KUALA KETIL 09300
: SG PETANI , KEDAH
TARIKH LAPOR DIRI DI IPG : 18-JANUARI-2010
MASA : 8.30 PAGI
namun kini aku tengah gompius pula bagaimana dengan diploma pendidikan yang sedang aku ikuti di universiti utara malaysia yang kini hampir selesai aku ikuti.......??????

Monday, January 4, 2010

hari ke-2 persekolahan

hari ini genap 2 hari persekolahan dalam tahun 2010.
aku melangkah ke kantin untuk mencari-cari makanan yang boleh diisi untuk santapan usus2ku. aku terkejut, ngape???
aku melihat nasi kerabu terhidang di atas almari makanan...



itu resepi lama, mengapa ia berlaku, sedangkan tahun ini pengurusan baru. entahlah.mungkin disebabkan acuan yang sama digunakan kot...
nasi kerabu pun nasi kerabulah dari ususku memulas-mulas, baik aku santap....

Friday, January 1, 2010

bicara pertama.....2010

Satu mesyuarat APIM telah diadakan di bangunan Nikmatilah, Pulau Melaka. bagi membincangkan perjalanan APIM yang bakal diserahkan kepada para pelajar.Antara agenda mesyuarat yang telah dibincangkan antaranya famili day yang bakal diadakan pada bulan mac nanti,
pertemuan ini dihadiri oleh us.rozu dan cg, zul. hampir 40 orang yang hadir bersama-sama mendengar taklimat tersebut.