Saturday, January 31, 2015
Sakit...
Kesakitan pinggang terasa dari kelmarin lagi. Ya Allah Ya Tuhanku lindunngilah hambamu ini dari kesakitan yang dilalui dahulu kembali semula.
Thursday, January 29, 2015
Fuhhh...penat
Terima panggilan daripada pemaju rumah. Tanya berkaitan dengan nak pasang mozek. Aduh. macam mana nih. Nak pilih macam mana. Aku tak balik lagi. cat pun tak pasti lagi nak buat warna apa. Semuanya dalam pening-pening. Cik cakap warna merah, ada cadangan buat warna unggu. Tapi aku nak buat warna pink. haaa
Pening molek. Macam mana nih. Cat oh cat
Mozek apatah lagi, Rumah tak pasti warna apa...macam mana nak fikir warna mozek. heee

Wednesday, January 28, 2015
Affnan
Hari ini, pergi rumah Affnan melihat kecederaan yang dihadapi olehnya. Patah anak jari kaki. Semoga cepat sembuh dan cepat kembali pulih. Amin.
Satu patah tangan satu patah anak jari kaki. Aduh. Penat sungguh terasa. Budak-budak baru membesar. Inilah. Dunia kanak-kanak yang semakin membesar.
Terserempak dengan Ekmal hari ini, di rumah Affnan. Ada kelainan yang terserlah pada pada dirinya. Tak seperti yang kenal tahun lalu.
Semoga semuanya membesar dengan menjadi anak yang soleh dan menurut kata mak dan ayah. Hanya mampu berharap mereka semua akan membesar menjadi anak yang terbaik.
2015. Kesemua mereka yang telah aku bawa keluar, telah dapat ku temui walaupun tidak lagi berlima. Walaupun berjumpa seorang demi seorang sekurang-kurangnya perkembangan mereka dapat ku tahu.
Terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku, atas permudahkan cara kepada hambamu ini.

Tuesday, January 27, 2015
Lulus...
Syukur kepada Mu Ya Allah Ya Tuhanku, permohonan pinjaman perumahan aku telah lulus sepenuhnya. Aku hanya semak di dalam internet. Surat belum terima lagi. Yang aku terima hari ini, pinjaman aku masih lagi dikuari.
Hanya menanti surat hitam putih daripada perumahan sahajalah kini.
Terima kasih.

#prayforaffnan
Hari ini, mendapat perkhabaran daripada Iqlima bahawa abangnya Affnan patah jari kaki sebab bermain bola. Namun masih belum kesempatan melawatnya. Esok dia berjanji aku boleh jumpa dia. Sebab hari ini dia mahu pergi ke sekolah dia sebelah petang.
Itupun dapat no. tel emak dia. Tak tahu bercakap dengan siapa sama ada Affnan sendiri mahupun emak dia...dalam aplikasi sms sahaja.
Semoga cepat sembuh ya.

Monday, January 26, 2015
#prayforaiman
Hanya sekalung doa, ku utuskan semoga dia cepat pulih dan kembali berdaya.
Kuatkan semangat untuk menempuh hari-hari dengan tenang. Semoga tarikh 10.2 akan memberikan sinar baru.

selesai...
Syukur semuanya telah selesai untuk majlis pelantikan pengawas sekolah dan pusat sumber sekolah untuk tahun 2015 dengan jayanya.
Terima kasih buat yang memberikan sumbangan tenaga dan idea dalam merealisasikan majlis ini dengan jayanya.
Tanpa sokongan dan bantuan yang diberikan majlis akan gagal dilaksanakan dengan jayanya...

![]() |
| Bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas, Syazwina dan Ketua PSS Nurin |
Saturday, January 24, 2015
Disini...
Hari ini, tiada aktiviti yang dilakukan. Hanya sekadar melengkapkan kerja disekolah yang masih lagi berbaki.
Namun masih belum selesai kerja-kerja yang perlu dilakukan:

- msspahang/press
- laluan patriotik
- aset
- pelancaran pengawas
- jadual lengkap pengawas
Friday, January 23, 2015
Pusing...
Macam ini gayanya program IT di Malaysia lambat lagilah untuk capai negara maju pada tahun 2020.Kononnya ada msspahang/press tapi kerja memusing sahaja..
Thursday, January 22, 2015
Syukur...
Terasa sejuk mata memandang. Melihat perubahan dirinya yang kini semakin meningkat ke alam remaja dan dalam proses meninggalkan alam kanak-kanak.
Semoga pengajian di sekolah agama akan memberikan sinar kedamaian ke dalam dirinya untuk menjadi anak yang soleh dan beriman yang bakal menjadi tulang belakang ke atas keluarganya nanti.
Belajarlah bersungguh-sungguh, kerana dengan pelajaran sahaja kita mampu mengubah nasib keluarga dan diri kita.
Ini kerana islam itu sendiri menyeru umatnya belajar dan terus belajar. Sebab itu wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w adalah Iqra...
Wan Muhammad Aiman...teruskan perjalanan mu di dalam mengejar cita-cita dan bakal memikul tanggungjawab dalam kehidupan yang akan mendatang itu.
Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar dikau berjaya di dalam hidup.
Aku tanya apa khabar?...masih belum berbalas lagi soalanku. Entah di mana silapnya entah dimana kurangnya? Mana janji-janji yang pernah terpatri suatu masa dahulu. Begitu indah janji tersebut. Begitu puitis ayat-ayat yang tersusun rapi.
Muhammad Ekmal Danial, semoga kejayaan milikmu.Dari jauh ku panjatkan doa untuk kejayaan mu di sana.
Muhammad Affnan Danial dan Mah Hamizan Mizan semoga kejayaan milik mu. Agar suatu masa nanti kita masih boleh bertemu.
Padamu aku bersyukur, walaupun terpisah antara jarak, masa dan usia. Namun diatas kehendakmu aku masih lagi boleh berjumpa dan bertemu walaupun kita terpisah. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus terjalin sampai bila-bila.

Belum lulus...
Proses pinjaman perumahan aku yang bernilai RM 322 064.00 masih belum diluluskan lagi. Harap perjalanan akan bertambah mudah dan selesai dengan baik. Banyak juga kena bayar insurans dan wang proses dekat RM22064 daripada jumlah pinjaman RM 300 000.00
Tuesday, January 20, 2015
Teruskan...
Meneruskan kehidupan di tahun 2015 dengan penuh redha. Syukur diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku, sebab masih memberikan ruang kepadaku bernafas di bumi ini.
Masih lagi mengajar kelas 1 Bestari dalam subjek Bahasa Melayu. Bermakna nama Wan pasti akan meniti dibibir mereka. Hari-hari mereka bertanyakan. Biasalah Haikal yang akan memulakan segalanya.
Tahun ini aku tidak menjadi guru kelas. Syukur. Bermakna beban tugas ku semakin kecil. Mungkin mereka hendak aku fokuskan kepada dunia aset sekolah.
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah ibubapaku di dalam menjalani hidup sebagai hambamu yang bertaqwa dan terus sujud kepadamu.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah ilmu yang aku ajari kepada anak-anakku sebagai ilmu yang berguna di dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah apa yang aku ajarkan kepada anak-anakku sebagai bekalan untuk ku di negerimu nanti
Ya Allah Ya Tuhanku, rapatkanlah, satukanlah tali persaudaraan yang telah terjalin di antara aku bersama-sama dengan anak-anakku.

Sunday, January 18, 2015
Perkembangan...
Hari ini aku telah selamat sampai semula ke Chemomoi setelah berjempas pulas selama 8 jam di jalanan setelah pulang ke Kota Bharu untuk melihat dan melawat Cik dan Mok Dah.
Mok Dah telah boleh pulang ke rumah sudah, setelah kehilangan ibu jari kakinya buat selama-lamanya setelah kena potong akibat jangkitan kuman.
Hari sabtu, 17.1 aku sempat pergi melihat perkembangan rumahku, sebelum bertolak ke hospital dan membuat keputusan menemani Mok Dah dari pukul 2 petang hingga jam 6 petang.
Banyak sudah perkembangan rumah ku...kini sedang memasukkan tapak untuk elektrik...
Insya Allah aku berharap tiada masalah dalam proses pembinaan rumah ini.

| Pagar rumah ku... |
![]() |
| Pagar telah dibina |
![]() |
| Atap masih ada yang belum siap lagi... |
![]() |
| Sebelah dapur... |
![]() |
| Bahan pagar |
Insya Allah aku berharap tiada masalah dalam proses pembinaan rumah ini.
Friday, January 16, 2015
Seremban...
Kelmarin, lebih kurang pukul 3 petang bertolak dari Chemomoi menuju ke Seremban bersama-sama dengan Rahimi dan Nik. Saja-saja berjalan-jalan ke sana.
Insha Allah sekiranya tiada aral melintang hari ini akan bertolak pulang ke Kota Bharu, untuk melihat dengan sendiri keadaan Cik dan Mok Dah yang kini sedang sakit. Semoga kedua-dua mereka tabah berjuang untuk meneruskan kehidupan. Nantikan kepulangan anakmu dan anak saudaramu.
Ya Allah Ya Tuhanku selamatkanlah perjalanan kami
Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan kepada hambamu ini dalam menempuh apa jua kehidupan yang berjalan sekarang. Aminn

Monday, January 12, 2015
Lawatan...
Hari ini jam 5 petang, aku telah bertolak ke Bukit Puchong untuk menuju ke rumah Wan. Tersesat seketika sebab tak jumpa rumah buat kali pertama ke rumahnya. Akhirnya dapat jumpa juga. Mencari rumah tak sama seperti di Chemomoi. No.291 Felda Bukit Puchong.
Terima kasih di atas kesudian menerima tetamu hari ini. Terima kasih Wan sebab tak ke mana-mana untuk hari ini.
Semoga cepat siap dan cepat boleh belajar dengan baik. Semoga terus menjadi anak yang baik dan membanggakan ibubapa Wan.
Dengarlah nasihat daripada ibubapa, mereka sangat sayang dekat kita melebihi segala-galanya. Begitu juga diri menyayangi dirimu sebagai mana ibubapa Wan menyayangi mu.
Terasa gembira sebab dapat berjumpa dengannya hari ini. Boleh mendengar sendiri punca tangannya patah. Terhempas motor yang diparking.
Perangainya masih sama seperti dahulu, apabila dia cakap tidak bermakna tidaklah. Itulah keistimewaanya. Ada pendirian dalam membuat keputusan.

Tidak mengambil gambar terbarunya...
Saturday, January 10, 2015
Patah tangan kali ke 2: tangan sama pulok tu
Patah tangan lagi. Hari ini.Tangan yang sama tapi kali ini tulang yang lain pulok.
Nasiblah. Lama tak dapat berita, hari ini dapat maklumat patah tangan. Dapat tahu pun melalui FB mak dia. Ada hikmah aku sahkan mak dia jadi rakan pada hari ini. Rupanya inilah maklumat yang hendak disampaikan.Terima kasih kerana memaklumkan kepada ku.
Buat Wan...semoga cepat sembuh dan bersihat selalu.

Thursday, January 8, 2015
Rumahku...
4.1.2015
Sebelum aku datang ke Chemomoi...
Inilah keadaan bakal rumahku nanti...untuk masukkan atap sudah siap di pasang.
Namun hari ini 8.1.2015 , terima gambar daripada Nik...jiran rumahku sudah dipasang atap...
Bermakna untuk urusan seterusnya akan bermula...duit oh duit...

Wednesday, January 7, 2015
6.1.2015
Hari ini aku sampai di Felda Chemomoi setelah berehat di Kerayong setelah penat meredah laluan yang panjang ke sini pada 5.1.2012.
Tiada yang istimewa selain terpaksa menelefon TNB, seperti biasa elektrik di rumah ku tersentak oleh tangisan alam yang panjang sepanjang peninggalan aku bersama-sama dengan keluargaku.

Diri ini seumpama pemburu
Yang memburu tentang jawapan rindu
Tak tertahan aku menanggung rindu
Rindu ku kepadamu
Sepi ini sering menyentuh hati
Membuat aku asyik terkenangmu
Kau delima, kau pertama
Yang bersinar di jiwa
Kaulah ombak
Yang berlagu
Melemaskan diriku
Terkadang aku merasakan
Diri jauh terbuang
Jangan kau tinggalkan diriku
Aku merinduimu
Usah kau biar hati ini
Terbiar sendiri
Ku bagai pasir dipantai
Sering dipukul badai
Yang memburu tentang jawapan rindu
Tak tertahan aku menanggung rindu
Rindu ku kepadamu
Sepi ini sering menyentuh hati
Membuat aku asyik terkenangmu
Kau delima, kau pertama
Yang bersinar di jiwa
Kaulah ombak
Yang berlagu
Melemaskan diriku
Terkadang aku merasakan
Diri jauh terbuang
Jangan kau tinggalkan diriku
Aku merinduimu
Usah kau biar hati ini
Terbiar sendiri
Ku bagai pasir dipantai
Sering dipukul badai
Perjalanan menjadi kosong...menanti senyuman yang tiada kepastian...Titisan renyai-renyai alam yang membasahkan bumi menyerlahkan impian dan angan-angan akan menjadi kosong.
Subscribe to:
Posts (Atom)