Wednesday, February 28, 2018

Bahalul

Bahalul punya aplikasi fb ini. 5 kali aku buat...lima kali dapat jawapan ini. Macam sial pula.

Xtvt hari ini...

Pagi ini kita berxtvt latihan rumah sukan seketika sehingga jam 10 pagi.
Siri seterusnya kita melihat persembahan anak2 yang akan mewakili sekolah ke MTQ di Felda Sertip.
Tahniah buat anak...








Monday, February 26, 2018

apabila...

Apabila dusta mereka dan kejahatan mereka terbongkar oleh sikap mereka sendiri...
Dalam mesyurat minggu lepas, aku dikejutkan dengan kenyataan orang kuat sekolah, baju sukan sekolah, ibu bapa  merujuk kepada KSIB dapat percuma, sedangkan guru terpaksa membayar duit RM25 untuk dapatkan baju tersebut.
Sedangkan yang bertungkus lumus membina dan membuat kerja sukan kami, guru-guru. Diraikan ialah KSIB.
Itu belum lagi dikejutkan oleh kenyataan Farah. Menyatakan baju RM25 itu harga yang telah diniagakan oleh Cikgu Nasrun dan kroniknya terhadap kami guru-guru yang lain.
Begitu licik sekali perjalanan mereka dalam menipu dan menipu, akhirnya perbuatan terbongkar.
Beginikah cara mereka bekerja?
Beginikah cara mereka berfungsi?
Kami menyumbang kepada diri kami sendiri...
inilah persoalannya...

Wednesday, February 21, 2018

Aqeil Mickael

Hari ini santai di pondok sekolah sambil meneroka alam hidup ini.
Santai bersama Aqiel...
Si handsome kelas 1 Najihin...

Kami...

Dalam hidup ini walaupun terpaksa kadang-kadang kita terpaksa menyukai juga..
Dalam menentang kita kadang-kadang perlu juga akur.
Dalam tidak suka, ada hikmah disebaliknya.

Majlis Watikah Penyerahan Pemimpin SKFC 2018

Hari. Sudah tahun ke- 8 menjawat jawatan guru KRS. Hari ini memakai baju seragam no. 3. Itupun tak lengkap. Kaki sakit. Tak boleh pakai kasut.





Sunday, February 18, 2018

18.2.2018

Lengkapkan duit kutu dengan sesuatu yang berharga. Beli jam tangan rm270. Baju lengkap KRS berharga rm134.00.
Biarlah lengkap duit itu daripada berlalu tanpa ada hala tuju.
Biarlah ia menjadi kenangan.


Friday, February 16, 2018

Terkejut...

Dalam kepenatan mesin rumput di rumah dekat Pak Pura. Cek telefon oyat Tirah kemalangan. Kereta keluar simpang Desa Rahmat tak tengok kiri kanan.
Syukur tiada kecederaan yang kronik. Mok Dah masih berada di HUSM.
Semoga penderitaan ini dipulihkan. Amin.

Tuesday, February 13, 2018

Tahniah...

Tahniah buat Imran. Walaupun aku sendiri tidak pasti adakah dia ke sana atau tidak.
Tahniah.

Biarkanlah...

Biarkanlah. Ini hak aku untuk segalanya. Hak aku untuk meraikan atau tidak. Ketidakpuasan hati aku, betul dapat dibaca melalui riak wajahku. Terserlah.
Itupun hak aku.
Apakah perasaan itu tidak terdetik?
Apakah perasaan itu tidak timbul?
Hati yang telah dilukai sukar untuk dibaiki.
Hati yang terluka sukar untuk dibaiki.
Hati yang terluka jika diubati tetap meninggalkan parut.
Hati yang ada parut, pasti akan sentiasa mengingatinya.
Kerana Hati ini telah dilukai.
Kerana Hati ini telah disakiti.
Kerana Hati ini...

Monday, February 12, 2018

Beza...

"Zaha.Siapa yang calon kita", tanya Kak Ma kepadaku di hadapan kelas Pra Azkiya'.

Kita berbeza Kak Ma. Kita berbeza.
Kak Ma betul. Dicalonkan.
Saya tidak. Saya terpaksa dicalonkan.
2 situasi yang berbeza. Dua keadaan yang berbeza.
2 situasi yang cukup berbeza.Dicalonkan dan tercalon.
Itulah beza antara kita. Tercalon dan dicalonkan.
Andai tidak terjadi insiden 2017...
Andai tidak terjadi pertemuan di bilik...
Andai tidak berlaku serangan dalam FB...
Andai tidak berlaku protes kurang seminggu...
Adakah aku tercalon...
Adakah aku terpilih...
Tiadakah situasi seperti 2017
Tiadakah kekusutan seperti 2017
Sehingga perlu dimotivasikan...
Itu persoalan...
Aku sendiri tiada jawapan...
Aku tiada jawapan untuk di jawap di hadapan bangunan prasekolah...
Disaat persoalan itu dikemukan...
Itulah bezanya antara kita, Kak Ma.

Lakonan...

Bermakna aku perlu berlakon mulai hari ini.
Keterujaan aku untuk memilikinya telah berakhir.
Keterujaan aku untuk mendapatnya telah pudar.
Pudar disebabkan mereka yang meluntur keterujaan itu.
Pudar disebabkan pengorbanan kita dipandang kecil.
Pudar disebabkan keikhlasan kita tidak dihargai.
Biarlah satu dunia meraikan.
Biarlah satu dunia memberi ucapan.
Biarlah satu dunia ...
Tapi aku tiada keinginan untuk meraikannya.
Tapi aku tiada keterujaan untuk ...

Inilah gambaran yang boleh aku gambarkan.Aku sudah tak sanggup menerima. Disaat hati ini telah dilukai.

Tak teruja

Tidak teruja. Tawar hati. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk aku gambarkan. Itulah mimik muka aku. Itulah reaksi aku.
Tak ada roh untuk aku kongsikan. Walaupun di raikan untuk majlis Anugerah Perhidmatan Cemerlang.
Aku masih lagi terasa dengan peristiwa tahun lepas.
Aku masih lagi ter... untuk peristiwa tahun lepas.
Tahniah buat Kak Ja dan Kak Ma.
Tahniah untuk Ka Ja berganda. Tahun ini pasti akan pencen. Bersara wajib.
Kak Ma tahniah.
Aku tidak perlu diraikan. Aku tidak bergembira. Sebab peristiwa lepas membuatkan aku tidak bergembira.
7 tahun baru dihargai itupun setelah kita tunjukkan protes.
Biarlah ia berlalu seperti angin lalu...
Biarlah ia berlalu sebagaimana berlalunya peristiwa tahun lepas.
Tiada yang perlu dihiraukan.


Sesungguhnya, aku tidak terasa kepuasan walaupun diumumkan pada hari ini.
Tiada yang boleh aku banggakan. Jika suasana pada tahun lepas tidak berlaku. Mungkin aku masih lagi boleh teruja untuk berkongsi kejayaan ini bersama-sama. Tapi untuk tahun ini. aku tiada keperluan untuk berkongsi kejayaan ini.
Aku merasakan biarlah ia berlalu begitu sahaja. Tiada keterujaan di dalam jiwa ini.
Maaf Kak Ma dan Kak Ja, aku tiada mood untuk berkongsi kejayaan ini bersama-sama.
Bagi aku, ini adalah anugerah keterpaksaan. 

Sunday, February 11, 2018

Tergantung sepi

Tergantung sepi menahan rindu. Aku yang  sebenarnya  separuh mati bercinta.
Haruskah aku terus menanti tanpa jawapan yang pasti...
Sebahagian lagu yang bertanding untuk AJL32. Biarlah tajuk lagu ini menjadi saksi kisah hari ini dalam whatsApp rasmi.
Tergantung sepi tanpa jawapan. Ya atau tidak. Inikah yang di war- warkan menjaga kebajikan guru- guru.
Pening ada orang atasan yang meroyan.
Ini yang menjadi persoalan. Dituju untuk siapa dan mengapa?

Saturday, February 10, 2018

Kem Kepimpinan SKFC 2018

Selesai jua, kem kepimpinan SKFC 2018 dijayakan. Tahniah sebab berjaya menjayakan majlis ini. Aku ditugaskan untuk memberi penerangan cara-cara untuk menaikkan bendera dengan betul. Setahu aku, ilmu telah dicurahkan dengan jayanya. Latihan menaikan bendera telah diadakan. Latihan penuh majlis untuk hari isnin juga telah dilakukan. Insya Allah anak-anak dapat menjayakannya.
Sukar menaikan bendera dengan betul. Lagu Negeri Pahang yang pendek, menguji kewibawaan yang menaikan bendera. Lagu Sekolah yang panjang, juga menguji keimanan mereka. Lagu Negeraku, walaupun sederhana tetapi perlu diberikan perhatian. Takut. Lagu habis bendera baru separuh tiang. 





Thursday, February 8, 2018

6.59 -6.30

Selesai juga hari ini. Hari sekolah yang panjang.
Mesyuarat Agong PIBG 2018 dan penyerahan RM100, duit Yayasan Pahang dan sumbangan Felda. Selesai untuk hari ini.
Hari lain dengan cara lain.


Wednesday, February 7, 2018

Fikir...

Terfikir aku.
Kenapa kita sukar menerima kesalahan kita. Mengapa kita tidak mahu menerima kesalahan kita.
Sukarkah kita untuk berubah.
Sebab puncanya kita tidak meletakkan hidup kita pada hidup orang lain.
Buat sesuatu biar jelas. Jangan meletakkan sesuatu perkara dengan bersandar kepada orang lain.
Kita buat kita galas.
Kita meminta kita membuat.
Berkata benar adalah sesuatu yang berat tetapi ada kemanisannya.
Sukar untuk aku berfikir...
Akhirnya medium inilah menjadi tempat untuk aku berkongsi hidup.
Ku tutup buat semua. Andai terbaca bukan kesalahan aku.
Aku perlu kekuatan untuk diri sendiri.
Aku perlu ruang untul diri sendiri.
Ketana sudah tiada ruanh untuk berhibur.

Tuesday, February 6, 2018

Dongak pads langit...

Ku akhirnya coretan ku di FB dengan pengakhiran yang bagiku menjawab persoalan tersebut pada maksud yang tersurat.
  



Biarkanlah maksud tersirat, aku akhirkan di sini.
kadang-kadang kita terpaksa menggunakan kepintaran kita untuk mengaburi apa yang tersurat.
Kerana kita mentimun. Tersilap langkah kita tetap yang terluka.
Jika mereka yang terasa, dengan apa yang aku luahkan di dalam FB... aku hanya mengharapkan mereka sedar dan insaf. Bahawa dunia ini umpama roda. 
Ada masanya kita berada di bawah, ada masanya kita berada di atas.
Oleh itu, dongaklah ke langit tetapi jangan lupa pada yang di bawah. Selami hati dan perasaan yang di bawah di saat kita berada di atas.
Jangan kita mengikuti impian kita, sehingga menidakkan impian dan perasaan orang di bawah.
Jika sederap menjadi pilihan motto kehidupan, biarkanlah ia menjadi sebati bukan pati racun dalam perjalanan ini.

Semoga kembali ceria

Semoga kembali ceria. Semoga kembali ke sekolah. Semoga boleh meneruskan pembelajaran yang terganggu kesan daripada deman yang melanda.
Kuatkan semangatmu...
Melawan kesakitan.

Bergosip

Dalam keseronokkan bergosip malam tadi.
As menyoal aku tentang kebahagianku pada tahun ini. Banyak yang kosong. Tiada tugasan yang berat.
Tak sangka dia berfikir sebagaimana aku fikirkan.
Jika engkau tetfikir As... aku maha memikirkan lagi.
Aku sudah lali makan mainan orang- orang yang berada di khayalan ini.
Aku akan menyaksikan sahaja permainan ini.
Adakah permainan ini amat menyeronokkan...

Monday, February 5, 2018

Begini


Bagi aku. Inilah yang sesuai untuk ku samakan situasi sekolah dengan keadaan hari ini. Tiada beza.
Majalah sekolah tiru SK Shafei
Patrol Dengue terkesima semasa kolokium ilmu GB
Bilik Akses Jawi tiru SK Bukit Piatu.
Semuanya mahu dicedok daripada orang lain tanpa memikir keupayaan diri sendiri.
Cuba letakkan diri kita di tempat yang sepatutnya. Jangan letakkan diri kita di tempat di alam fantasi.
Ya. Betul kami boleh laksanakan impian tersebut.
Ya. Betul kami mampu mengalas tugasan itu.
Ya. Betul kami mampu melakukan segala-galanya.
Tetapi...
Terfikirkah olehnya...
Kami mempunyai tenaga yang semakin berkurangan.
Kami mempunyai keluarga yang perlu diberi kasih sayang.
Kami perlukan waktu rejhat yang secukupnya.

Jangan kita mengejar nama untuk berada dipuncak, sehingga kita lupa melihat ke bawah. 
Jangan kita leka mengejar impian sehingga lupa pada tanggungjawab.

Situasi ini samalah...mendongak ke langit terasa bagaikan indahnya alam ciptaan Allah swt, sehingga lupa akan keindahan ciptaan Allah swt terhadap bumi Allah swt ini.
Memuji-muji keindahan bintang dan bulan, sehinggakan melukakan rumput, gunung dan sungai di bumi.