Tuesday, August 31, 2010

Salam kemerdekaan...

hari ini sambutan hari kemerdekaan ...aku hanya menyambut kemerdekaan di dalam rumah dengan memurnikan fail2 folio yang ada dan menjalankan tugas hakiki membasuh baju2 aku pakai...
tidur dan tengok tv sahaja plus dengan melihat fb....haaaaa
itulah cara aku menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini.
terasa malas nak keluar Sungai Petani hari ini..

Sunday, August 29, 2010

saje -saje



Tak ada kerja... memang jenis tak ada kerja...

Hari.......


















Mentari merangkak-rangkak pulang, sang rembulan bernyanyi riang.
Pohon nyiur melambai-lambai kesedihan...
merindui sang mentari sepanjang malam....

huhuhu...........inilah kehidupan. Merindui dan merindui kedamaian yang semankin musnah akibat kebuasan manusia sendiri..
Terasa jarak perjalanan semakin laju... kenangan semalam semakin menghimpit diri...

snap ......





Tak ada kerja maka buat kerja....
maka hasilnya jadilah kerja ini....haaaaa
mangsanya gambar orang....majlis bacaan yasin dan solat hajat UPSR....

Saturday, August 28, 2010

minggu ke- 10

Esok, 29.8...adalah minggu ke -10 aku berpraktikum kat sekolah Tuan Syed Jan Al Jaffri. Maknanya aku hanya ada lagi 2 minggu untuk melengkapkan tugasan, amanah yang terpikul di atas bahu ini.
Segala kenangan indah bersama-sama anak anak di Syed Jan pasti akan memberikan seribu satu kenangan yang terindah kepada diri ini.
Terima kasih anak-anak dari kelas 5 Berlian, 5 Mutiara, 5 zamrud dan 4 Delima ...kenangan indah bersama-sama dalam tempoh masa yang singkat merupakan satu pengalaman yang amat bermakna kepada diri ini untuk menyelami dunia kehidupan anak-anak kecil.
Pengalaman bersama-sama anak-anak dari SK Islah suatu masa dahulu dalam tempoh PBS mengajar aku tentang erti kehidupan anak-anak kecil.
Suka duka kita bersama-sama amat bermakna...walaupun kenangan kita bersama hanya sekelip mata sahaja.
Terima kasih buat semua, warga SKTSJAJ....

Tuesday, August 24, 2010

menanti tibanya....

hari ini, bilik KHB dah mula kemas sikit2. Malu sangat2 dengan Puan Haslina. Akhirnya buat juga. Nampak comel sikit. Tp banyak lg benda yg tak selesai lagi. aduhhhhh...tolonglah hamba mu ini..
ibu2 bapak 2 tolong aku...kerja kolah banyak lagi yang tak siap...
dari bulan tujuh sampai bulan lapan kerja masih ada lg...

Friday, August 20, 2010

praktikum....


Haaaaa...masa untuk praktikum dah nak berakhir....minggu depan dah masuk minggu ke 9... tinggal lagi 3 minggu...tiga minggu menabur bakti...
Bak kata perpatah....aku mengharapkan budi yang ditaburkan adalah budi yang baik...campak aje kemana-mana tetap tumbuh jua budi yang baik...anda ada juga kerosakan itulah kelemahan kita manusia..mana ada yang terbaik...

minggu ke-8

Kelmarin, 19.8 ...projek semaian telah dijalankan lagi. Kali ini buat semaian melibatkan 3 kelas dari tahun 4. 4 Berlian, Mutiara dan Delima yang terlibat. segalanya berlaku dengan pantas dan pantas.terasa gegaran masa yang bergerak... projek kh masih lagi dok tara tu aje, tu tak masuk lagi projek keceriaan kolah masih tak berubah, bilik KH macam tu lagi...bila nak buat. Perlukan kekuatan untuk melakukannya.....

Orang dah tolong kita, adab orang melayu amnya Malaysia, orang menolong kita patut membalasnya walaupun kecil sekurang-kurang kita bertolak pergi akan meninggalkan kenangan buat mereka yang sudi membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.

Dapatkan kekuatan dan kekuatan Insya Allah dapat buat punya. Keazaman juga perlu ditanam dalam diri. masih berbaki 2 minggu sebelum cuti. Inilah masanya yang wajar. Lepas raya masa tak cukup terlalu kecil, mungkin ada lagi benda yang tak terjanggal akan berlaku dan berlaku...kita hanya manusia yang lemah. Maka secara amnya kita perlu bertindak segera...sebab kita tak pasti bila kita akan mati, bila kita akan sakit dan segalanya....kita hanya manusia yang lemah...

jumaat yang rilek.....

Hari ini, letih dan penat buat praktikum di sekolah dapat dilepaskan buat seketika waktu...Syukur segalanya berjalan dengan lancar. Adakah penat sangat buat praktikum. rasanya taklah penat angat hanya sekadar berusaha membuat yang terbaik. Hanya masa yang menentukan segalanya. Hanya waktu yang mampu membalasnya.

Cuaca diluar sana sudah kembali menceriakan hidup sang pujangga, seolah-olah kembali ceria setelah penat mengeluarkan air mata kesedihan melihat unggas-unggas keletihan mencari setitik kedamaian, melihat kerakusan manusia bergelumbang dalam dosa-dosa, melihat anak-anak kecil yang tak berdosa bergayut dalam dunia yang tak pasti, setelah ditinggalkan sang durjana. ahhhhhhhhhhhhhh itulah dunia hari ini amat memenatkan, penat menanti tibanya detik2 keadilan, namun begitu takut untuk mengadap keadilan dengan zarah-zarah kecil kerahmatan dan keredhaan yang ada. Terasa gerun dengan titian keadilan, takut tak sempat untuk berpaut pada pintu ketenangan yang abadi, takut tergelincir di lembah kehancuran.

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba mu ini untuk terus sujud dan sujud kepada mu. Amin

Saturday, August 14, 2010

LDP..latihan dalam perkhidmatan

jam 8 pagi, aku telah pun berada di sekolah untuk mengikuti LDP di bilik mesyuarat. macam biasa perjalanan LDP amat bermakna. Perbincangan hari ini adalah berkaitan dengan "cuti".
cuti adalah keperluan bukannya hak kita....hanyalah keistimewaan sahaja. bila-bila kita diperlukan kita terpaksa hadir. itulah cuti.
banyak juga maklumat yang diperolehi daripada penerangan yang diberikan, walaupun benda ini sudah biasa diperkatakan sejak berada dalam YIK...cuti....
sebagai guru kita mempunyai 7 hari cuti...cuti rehat yang boleh digunakan demi sesuatu manfaat yang berguna ketika kecemasan...
aku hanya mengikut satu peringkat sahaja pada hari ini. peringkat mesyuarat guru aku tidak ikuti. aku pulang. malas nak ikuti mesyuarat guru, bukan ada kaitan pun. kita hanyalah sebagai pelatih...memang kalu nak ilmu boleh dapat...tapi nak buat macam mana banyak lagi benda nak aku lakukan pada masa ini....

Friday, August 13, 2010

puasa...

perjalanan kini terasa terlalu cepat...hari ini sudah masuk hari ketiga aku menunaikan ibadat puasa. Sudah 3 hari. Bersahur dan berbuka mengikut hidangan yang mendatang sahaja. Biarlah perjalanan berlalu dengan pantas tak sabar terasa hati ini nak berpuasa di rumah sendiri. Menghitung hari-hari yang berlalu adalah satu kenikmatan pada detik ini. Perjalanan diri ini bersama-sama SK Jan juga terasa sudah memasuki daerah-daerah terakhir...kini sudah minggu ke-8. Hanya tinggal 2 minggu sahaja untuk menuju ke sek...kerna 23 minggu akan dihabiskan bersama-sama cuti sekolah. Pasti akan merindui gelak ketawa anak-anak 4 Delima, 5 Berlian, 5 Mutiara dan juga 5 Zamrud dan juga murid-murid lain yang pernah bertakhta seketika dalam hati ini.....

Monday, August 9, 2010

teater kanak-kanak...IPSAH

hari selesai jua membawa 3 orang pelajar Syed Jan ke IPSAH untuk menikmati teater kanak-kanak kat IPSAH....
setelah melalui beberapa cabaran yang direka sendiri. sebabnya mudah kerana lupa akan peraturan asas nak bawa balik atau pinjam anak orang heeeee....
bermula dari pukul 12.30 mintit petang bertolak dari sekolah dan pergi ke rumah Hazim, ke rumah Ku, ke rumah alif maka selesai jua akhirnya perjalanan untuk sampai ke maktab.

Thursday, August 5, 2010


akhirnya...dia mengerti .....

inilah.....

segalanya berakhir untuk minggu ini. permulaan minggu ke 7 akan bermula di saat berakhirnya dunia persekolahan hari ini.
sinar kebahagiaan diharapkan akan menyelebungi diri ini di saat harapan semakin menjauhkan diri ini. di saat diri ini semakin disirami kegelapan dalam kesibukan kehidupan yang dicipta sendiri.
Setinggi impian sedalam harapan menjadi pegangan hidup ini. akan ku daki, akan ku jajahi untuk mencapai apa yang terimpi dalam kehidupan ini.
Ya Allah berikanlah kekuatan dalam kehidupan ini agar kehidupan ini menjadi tenang setenang dan sejernih air zam-zam.

Tuesday, August 3, 2010

minggu ke-6

Putaran masa yang berlari-lari memang mengejar aku. mengejar aku yang cepat keletihan. letih dalam pencariaan kehidupan di dunia.
Kelmarin, segalanya berjalan dengan lancar. Tuan Hj, Mastor sudah datang untuk menilai pengajaran aku kelmarin. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberikan kekuatan kepada hamba mu ini dalam menempuh ujian yang mendatang dengan halangan yang berliku akhirnya halangan itu dapat jua dirintangi...
Walaupun keputusan yang diperolehi ada perningkatan sedikit daripada yang pertama. Syukurlah kepada Allah s.w.t yang masih lagi sudi meminjamkan kepada diri ini sebesar zarah yang dibahagikan kepada bahagian kudratmu kepada hambamu ini.
Aku perlu berusaha lagi dan lagi demi mengalas impian yang terkandung dalam seribu impian biar ia menjadi satu kenyataan yang pasti. Biarlah pengorbanan aku meninggalkan kehidupan di tanah leluhurku, meninggalkan keluargaku, meninggalkan anak-anak di bumi Kelantan, meninggalkan YIK yang banyak memberikan seribu erti kehidupan sebagai seorang guru, meninggalkan impian yang pasti sebagai guru di YIK...biarlah ia berbaloi dengan pengorbanan yang telah dilakukan.
Ya Allah s.w.t , teruskan memberikan kekuatan kepada hambamu ini untuk terus bertahan demi mencapai impian yang semakin menghampiri ini.