Thursday, May 24, 2012

Persembahan

 Persembahan murid pra kali ini mendendangkan lagu terima kasih ...cikgu dan terukir di bintang nyanyian YUNA.






Posted by Picasa

Hari Guru 2012...

24.5.2012. Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya.


Origami bunga Tulip hasil kerjasama geng Pra. Berjaya menyiapkan untuk diagihkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah.

Posnita, Imani, Irdina dan Alia berjaya mencari dan menjalankan tugasan menghantar kad ucapan hari guru kepada wakil pihak sekolah.

Tiga tonggak utama sekolah berusaha untuk membuka sampul surat kad ucapan.



Kad ucapan hari guru menggunakan corak kirigami yang digunakan pada edisi tahun 2012. Apa yang penting kad ucapan yang dihasilkan ini perlu dicari semula...manalah tahu dimana ia tersimpan.

Bersama rakan prasekolah 2012

Pra cekal

Pra Bestari

Pra Arf...
Posted by Picasa

majlis pelaporan rekod prasekolah kali 1, 2012

Majlis ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23.5.2012 bermula jam 8.30 pagi. Semua ibubapa murid dalam kelas Pra Bestari telah telah hadir pada hari ini, secara tidak langsung bermakna tiada kerja yang tidak siap lagi sebelum bercuti 2 minggu.

Ibu Fakhira Iwana...

Ayah Zulhelmi menanti nombor...

Ibu murid kelas cekal

Kelas cekal...Cg Yana dan ibu Syakir


Tertidur...letih menanti giliran

Perbincangan dengan ayah Zulhelmi...penat
Posted by Picasa

Monday, May 21, 2012

kerja luar...buruh binaan

Hari ini, geng pra telah berkongsi tenaga untuk melengnkapkan urusan terpenting kerja yang belum selesai. Tapak refleksiologi yang masih berbaki tanpa ada kesudahan. Tunggu punya tunggu, masa berjalan. Tak boleh jadi. Biarlah mkita orang penat daripada penat menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba. Insya Allah kerja yang dilakukan secara gotong royong pasti akan menjadi.


Kak Manisah..walaupun berpuasa tetap bersama-sama turun ke tapak. Siap gaul simen lagi.




Berat sungguh simen ini....penat juga buat kerja ini...tapi seronok.


tekap  batu pada simen...





Friday, May 18, 2012

Bosannya...

Terasa sangat bosan sungguh malam ini. Tak tahu nak buat apa. Nak tengok TB citer yang ditanyakan tak menyelerakan. Tengok secret Garden kat tb8 langsung tak menyelerakan...sebab tak guna suara pelakon asal. Buat bising telinga aje.
Nampak gayanya kejap lagi bantal dalam bilik aku akan menjadi mangsalah. ..
 

Pra Bestari 2012


Inilah anak-anak yang baru dilahirkan untuk tahun ini.
Posted by Picasa

Thursday, May 17, 2012

keluarga besar Prasekolah


Bersama-sama dengan hampir 75 murid prasekolah. Ini kerana kelas ku seorang murid tidak hadir pada hari ini.
Posted by Picasa

Wednesday, May 16, 2012

Tema pakaian: pakaian masyarakat majmuk


Farish dan Farhana

Amirul, Hanis dan Radzli

Aqmar, Adila dan Hazwan

Syazwani,Aidil, Aina dan Natasha

Bergambar bersama-sama rakan...
Posted by Picasa

laga getah...


Aksi mereka berjuang dalam permainan..

15.5.2012 aku membawa mereka semua ke padang sekolah untuk menikmati satu permainan tradisional yang telah dimakan zaman. Permainan laga getah. satu permainan yang kini jarang dimain oleh anak-anak zaman sekarang. Begitu teruja mereka bermain, lebih-lebih lagi bermain bersama cikgunya. 
Posted by Picasa

Tuesday, May 15, 2012

selamat hari guru...

Kepada Ibubapaku...merekalah merupakan guru yang pertama mengajar diri ini erti sebuah kehidupan. Tanpa mereka berdua di dunia ini. Tiadalah warna-warna ceria di dalam sebuah kehidupan yang dilalui kini.
Buat semua cikgu-cikgu ku di Sekolah Kebangsaan Paya Bemban ( Kini Sekolah Kebangsaan Sri Bemban ), Terima kasih di atas jasa kalian dalam mendidik dan membimbing diri ini di alam kanak-kanak. 
Buat semua guru-guru di Sekolah Menengah Putera dan Sekolah Menengah Kota Bharu. Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan dalam pelayaran mencari setitik ilmu yang berguna, yang akhirnya boleh mewarnakan sebuah kehidupan.
Semua pensyarah-pensyarah di Universiti Sains Malaysia yang sudi memberikan ilmu yang berguna kepada diri ini dalam mengolah arca kehidupan menjadi sebuah lukisan yang bermakna.
Buat semua pensyarah di Universiti Utara Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim , tidak lupa juga kepada guru pembimbing di Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri yang sudi memberikan sebatang berus yang boleh ku gunakan kini untuk mencorakkan kehidupan ini dan seterusnya mencorakkan kehidupan anak-anak didikku ...
Buat Yayasan Islam Kelantan, yang sudi menjadikan kertas lukisan kepada diri merealitikan lukisan dalam melakarkan corak yang sebagaimana yang telah diamanahkan.  
Buat rakan-rakan seperjuangan ( Maahad Darul Anuar,Pulau Melaka,  Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Sekolah Kebangsaan LKTP Chemomoi  yang sudi berkongsi kemahiran dan idea yang bernas dalam menghasilkan lukisan yang bermakna.
Akhir sekali, terimalah ucapan dariku...
selamat hari guru buat semua
Tanpa jasa kalian agar sukar sebuah lukisan kehidupan dapat dihasilkan.

Thursday, May 10, 2012

Perlukan bantuan.....

 
Zulhelmi....masalah yang paling besar. Berumur 6 tahun. Gagal menulis dengan baik.Masalah yang utama tidak mahu mencuba. Selalu berada dalam dunia yang tersendiri.

Hasniza Umairah. Berumur 5 tahun. Sudah mengenali ABC namun bab-bab menulis masih lagi gagal. Kerja rumah, kita bagi kosong dia akan hantar kosong balik dekat kita.

Siti Fadilah. Berumur 6 tahun. Masalah utama, berat mulut suara tidak akan kedengaralan. Itulah masalah utama dalam mengajar Fadilah.

Hani Zulaikha. Sudah 2 tahun belajar.Tapi masih lagi belum belajar dengan baik. Kosong.

Halid Amirul. Berumur 6 tahun. Menulis boleh dalam sederhana sahaja. Mengenal ABC masih lagi tidak menguasai dengan baik...

Radzli Syafiq.Gagal memberi tumpuan dalam belajar dengan baik.

Ain Umairah. 2 tahun sudah belajar. Masih belum menguasai mengenal ABC dengan baik.

Aiman Izzuddin. Masalah pelat dia yang menjadi masalah utama.

Natasha. 2 tahun sudah belajar. masih lagi belum boleh menguasai ABC dengan baik.
Aidil...gagal mencari gambar...Juga belum boleh menguasai ABC dengan baik.
Posted by Picasa