Tuesday, August 30, 2016

Hadiah1

Syukur. Telah selesai bahagian 1 menunaikan janji.
Terimalah seadanya apa yang kuberikan walaupun kecil nilainya.
Janganlah abaikan ilmu. Carilah ilmu sedalam yang boleh untuk kejayaan hari esok.
Hanya itu sahaja yang mampu ku doakan untukmu.
Tidak mungkin aku akan biarkan engkau tersesat dalam pencarian ilmu. Belajarlah sayang.

2 minggu

Gila. Kerja gila. Bodoh punya kerja.
Inilah masalah jika tiada perancangan yang betul dalam hidup.
Banggang punya orang.
Selesai membuat gumpalan jadual waktu.
Inilah puncanya jika tiada perancangan yang betul.
Ingat kita datang ke sekolah untuk buat gantian sepanjang hari ke?
Inilah bodoh punya kerja. Orang bodoh sahaja yang membuat kerja bodoh macam ini.


Shuhairi

Selamat ulangtahun kelahiran kali ke-7. Semoga ceria selalu dalam perjalanan hidupmu. Agar engkau akan menjadi anak soleh yang akan membanggakan ibubapamu.
Selamat hari lahir. SHUHAIRI.
Hari ini terima dahulu hadiah pertana. Hadiah kedua tunggu pos sampai ya.

Saturday, August 27, 2016

kerja gila...

Kelmarin buat kerja gila. Demi 30.8.2016. Kelmarin aku sudah buat kerja gila. Walaupun tak akan dapat pada 30.8...
Tapi aku harap akan dapat pada sebelum 30.8 nanti...
Tunggulah dan bersabarlah sayang...

Friday, August 26, 2016

Terubat...

Hari ini dapat ganti Kak Ti untuk kelas 1 Arif. 2 masa. Bolehlah aku gunakan ruang tersebut mengajar murid kelas 1 Arif belajar.
Terubat hati ini... untuk menjadi guru kepada...


Thursday, August 25, 2016

Layan...3B

Layan anak tercinta. Dapat kelas ganti BI untuk hari ini.
Walaupun musykil... sebab cikgu dia ada. Tapi aku yang kena masuk. Pelik.
Tapi harap...mereka ke tahun 6. Jika tidak. Sengal.






Wednesday, August 24, 2016

Plan...

15.8 hingga kini.Tiada. Kenapa jadi sebegini. Sebab tiada perancangan yang bagus.
Nampak kelemahan. Puncanya.
a. Mengandung: lupa akan cuti bersalin.
b. Guru tahap 1: Di pra guru tahap 1 akan ganti cikgu prasekolah yang bercuti.
c. Guru tahap 2: Mengajar tahun 6.
d. Calon: Mencari calon yang sesuai.
Ini hanya sebahagian kenapa masalah ini berlaku dan timbul.


Tuesday, August 23, 2016

Kan dah kena...

Sakit hati. Menyampah.
Aku sudah larang. Alu sudah tegur. Tapi perangai tetap sama.
Aku hilang pertimbangan.
Perkataan "BODOH" terkeluar dari mulut aku malam ini dalam kelas tambahan. Sebab aku sakit hati.
Nasihat aku terasa bagaikan mencurah air didaun keladi sahaja. Sedih.
Tapi percaya. Itu hanyalah ungkapan. Disebabkan sifat amarah.

Monday, August 22, 2016

22.8.2016...

Hari ini. Tiada jadual untuk aku. Kosong. Kosong. Dari pagi sampai habis kelas. Aku tiada jadual.
Puncanya. Usah di fikirkan. Sudah jelas kenapa...
Maka...
Teman anak makan waktu rehat di kantin. Seronok tengok dia orang makan. Terasa kenyang juga kita.
Lebih- lebih lagi minggu ini aku bertugas...
Jadi ambil peluang jaga budak RMT...

30.8 nanti. Kita sambut. Semoga menjadi anak yang soleh.


Friday, August 19, 2016

layan...

Dalam dunia prasekolah...
Tiada yang pelik.
Jika baju ada kesan contengan pensel dibaju. Itu kerja anak-anak bertuah.
Ditangan ada pensel... datang tepi kita...
Peluk dan atas riba...

Thursday, August 18, 2016

Siapalah kita...

Di saat kita di campak
Di saat kita di sisihkan
Di saat kita di nafikan hak
Kita tiada mencari A, B, C untuk mencari kekuatan. Kita redha sahaja.
Yang kita cari
Yang kita adukan
Yang kita luahkan
Hanya kepada ibu kita
Hanya kepada adik beradik kita
Hanya kepada rakan facebook kita
Akhirnya kita coretkan isi hati di dalam ini.
Hanya itu sahaja ruang yang kita ada.
Sebab kita tiada A, B mahupun C untuk memayungi kita.
Siapalah kita untuk berpaut...
#sentap


Wednesday, August 17, 2016

terapi...

Mencari kelegaan setelah penat berfikir.
Sucinya akhlakmu. Sanggup berikan hak mu kepada rakan-rakan yang lain.
Bangga aku pada dirimu. Sayangku Shuhairi...


Tuesday, August 16, 2016

Lihat apa lepas ini...

Jika 2014 setelah berjuang untuk keluar dari...

Aku dihidangkan dengan lauk yang sama tarafnya...

Untuk kali ini aku hendak menyaksikan suasana itu... dapat sahaja aku memang aku cukup kaw-kaw.
Fikirlah... kita dah bagi ruang untuk anda berada di kerusi yang empuk. Tak kan anda tak boleh berikan keselesaan kepada kita juga.
Gunalah otak. Jangan jadi sengal sahaja. 
Apa-apa pun aku nantilah apa jadual ku lepas ini...

Akhirnya...

2 orang guru prasekolah yang hadir. Maka aku sudah boleh melangkah dengan aman dan damai.
Sebulan aku bersama... aku sudah buat yang terbaik untuk mereka.
Sekiranya masih ada kelemahan yang berbaki itu adalah kelemahan diri ini.
Terima kasih semua anak-anak pra Cekal...
Kumpulan 1:Salehuddin, Haziq, Raizan, Wahidah, Augi dan Iqbal

Kumpulan 5: Aminah, Aina dan Ainul. Shahrizan, Bariah dan Affrina

Kumpulan 4: Syamimi, Aliff dan Nazriana. Tiada Balqis

Kumpulan 3: Rayyan, Aqil dan Hadif. Tiada Fauzan.


Kumpulan 2: Puteri dan Nazril. Nasriyah, Insyirah dan Muaz.


Monday, August 15, 2016

kemarau berpanjang telah...

Syukur. 6 tahun kemarau prasekolah yang ketandusan cikgu opsyen prasekolah kini telah kembali bersinar.
2 orang guru opsyen prasekolah bakal melapor diri esok di sekolah.
Walaupun aku tidak terlibat secara langsung tapi ini satu perkembangan untuk rakan-rakan ku...

Saturday, August 13, 2016

Ya....


Indahnya jika keadaan ini yang berlaku. Terasa indahnya hidup ini. Dapat alaskan kerinduan di saat jari jemari menari nari di papan kekunci.
Sayang semua...

Friday, August 12, 2016

Biasa...

Biasa buat anak-anak menangis. Lepas tu buat muka tak bersalah dan tak mengaku. Pagi-pagi dapat lihat budak nangis.
Hanya perlu cari sedikit sahaja kesilapan. Lepas tu buat-buat muka marah. Pukul sikit kat punggung. Akhir resipi pun menjadi...
Fauzan dan air matanya...di pagi jumaat yang syahdu. Jumaat terakhir untuk perjanjian ini.

Serah...

Selesai. Aku sudah serah anak kunci pra cekal kepada As. Bermakna urusan aku kini telah selesai. Semoga ilmu yang telah ku curahkan kepada anak-anak didikku digunapakai sepenuhnya.
Jumpaku dimana-mana tegurlah.
Terima kasih semua. Semoga kalian alan berjaya. Amin
Malas aku fikir. Sebab jika kita berfikir tapi mereka tidak pernah untuk berfikir alamaknya kerusi mereka tetap sejuk tak terasa panasnya.
Dekat 2 minggu guru ganti ada disekolah. Tapi tak ada satu hari suruh masuk kelas. Alih-slih ari ini masuk kelas puncanya cikgu pra cuti. Hebat dan hebat.
Kenapa...
Masa aku datang... perlu belajar dengan cikgu lama.  Tak kisah. Tapi nampak permainan dan kebodohan di situ.
Jadual untuk aku masih belum wujud... kebodohan jelas sudah nampak di situ. Tiada perancangan dan tiada fungsi di situ. Kesengalan jelas kelihatan.
Minta maaflah tak layan aku... urusan sambung kontrak disampaikan oleh orang lain. Masa minta tolong bukan main manis. ...
Cukup...

Thursday, August 11, 2016

Terakhir...

Selamat tinggal semua... selamat tinggal
Rayyan, Sallehuddin, Fauzan, Shahrizal, Aqil, Muaz, Haziq, Iqbal, Aliff, Hadif, Nazril
Insyirah, Puteri, Afrina, Aminah, Aina, Balqis, Raizan, Wahidah, Augi, Nazriana, Ainul, Syamimi, Bariah, Nasriyah
Esok merupakan saat terakhir kita bersama. Hampir sebulan kita bersama-sama.
Syukur dalam tenpoh yang singkat aku berjaya jua...membentuk setitik ilmu di dalam dirimu.
Aku terpaksa pergi untuk perjuangan ini, bukan bererti tidak sayang tetapi demi egoku. Aku terpaksa melepaskan dirimu untuk kepentingan peribadiku.
Pasti engkau akan terkenang saat-saat indah kita bersama-sama dalam tempoh itu. Andai itu tidak berbalam di hatimu...ku redha. Sebab ku tahu, aku hanya hinggap seketika di hatimu...
Doaku...buatlah perubahan ini kepada cikgumu..
Doakan...agar kita boleh bertemu pada suatu masa nanti...

Wednesday, August 10, 2016

Tidak berubah...

Hari ini aku keseorangan dalam kelas. AS cuti. Anak ke pergi hospital
Sama kan. Situasi yang sama. Tidak ada perubahan yang berlaku. Sama seperti dahulu. Disaat Kak Ros pergi berada di Hospital.
Hari ini pun sama.
Lagi malang disaat kaki aku sakit sebab luka.
Memang betul. Kerusi empuk membuatkan orang menjadi buta mata. Lupa keadaan. Inilah masalahnya.
Bagaimana kita boleh bersabar. Tak mungkin. Mereka hanya memikirkan kusyen kerusi mereka sahaja.

Monday, August 8, 2016

makan petang@minum petang.

Bubur jagung.
Kerepok lekor dan keping.
Nuget sosej Marina.
Air milo ais.
Hanya itulah hidangan yang disediakan untuk anak-anakku yang ingin bertandang di rumah. Tiada makanan lain disediakan.
Terima kasih sebab hadir. Boleh kuga merawat luka dikakiku. FAHMI. ADIB ATIF DAN ADLEY SHAH.








luka...

Luka. Berdarah kali kesan dari kegagalan pihak pengurusan QTRS guru membaikpulih rumah aku. Mozek pecah sejak tahun lepas. Dah nok masuk setahun tiada pembaikan lagi. Alasan tiada peruntukkan yang turun. Agaknya dia nok tunggu bangunan runtuh dulu baru dia nok turun.
Membuatkan kemarahan ku berganda. Terus ku wasap kepada pegawai yang mengurus. Biar dia tahu sikit dan ambil berat sikit.
Tapi jawapan dia memang aku tak boleh terima.  Jika dia jawap kami akan selesaikan dengan kadar segera aku masih boleh terima lagi. Ini jawapan macam nih baik tak payah jadi pengawai.


Sunday, August 7, 2016

minggu akhir...

Ceh... terasa macam menyaksikan drama kat tv yang akan berakhir sahaja.
Tak sabar untuk melihat kesudahannya.
Tak sabar untuk tengok cerita lain.
Tak sabar untuk kembali semula.
Sudah seminggu guru ganti ada di dalan kelas. Seharipun tak ada  lagi guru ganti diarahkan datang untuk belajar.
Ok. Berfikiran positif. Semuanya boleh diurus dengan baik.
Aku hendak lihat. Bagaimana cara pengurusan yang akan dijalankan.
Aku hendak lihat. Bagaimana cara dia menguruskan.
Sebab berada di sekolah ini. Kita mengajar tahun 6 pun masih tak selamat.
Oppsss...aku lupa. Aku bukan guru yang berkualiti. Please wake up Zaharonizal.
Biarlah. Sambil kita menanti perjalanan drama berakhir. Sambil itu baik kita merakam detik terindah sebelum ianya berakhir.


Saturday, August 6, 2016

6.8.2015

Selesai juga program pecutan terakhir UPSR untuk subjek Bahasa Melayu.
Semoga usaha ini diberkati olehNya. Semoga kejayaan memihak kepada anak-anak didikku.
Hanya ini sahaja kudrat yang mampu dizahirkan untuk dirimu...









Friday, August 5, 2016

Rayyan Adha

Ambil. Hari ini menangis. Sebab kena pukul. Tak dengar cakap.
Akhirnya aku juga yang penat sebab kena pujuk balik.
Tapi tak apa bab pujuk memujuk ini aku ada kepakarannya. Tak risau.
Lain kali jangan buat diri ini marah. Mujur ada sayang. Jika tidak buat de... aje


Thursday, August 4, 2016

Hidup Semut

Hari ini...
Ajar anak-anak mengeja lirik lagu hidup semut. Menyanyi bersama-sama mereka. Selepas itu pergi cari sarang semut dan mengkaji cara hidup semut.
Dalam-dalam terap cara hidup semut seperti sikap berkerjasama dan beratur dalam barisan...
Masih ada yang buat onar. Apa lagi terus kena marahlah.

Juga buat eksperimen tenggelam timbul. Mereka terokai sendiri eksperimen itu. Biar mereka mencuba sendiri...walaupun begitu tetap perlu bimbingan...
HIDUPKU ADAKAH SEPERTI SEMUT
SUHAIRI...
Hari ini...mengintai dari pagi... Shuhairi tak hadir. Deman ke dia. Kelmarin sihat sahaja. Semoga engkau sihat ya sayang...
Risau takut lelah kembali semula. Nanti masuk hospital pula. Jaga kesihatan ya.

AIMAN...
Syukur. Dikau dah mula belajar di SMK Bukit Mendi. Belajarlah wahai anakku. Semoga dikau akan menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab.
Percayalah aku menyokong penuh apa yang dikau lakukan asalkan jangan membuat sesuatu yang ku benci. Semoga berjaya Aiman.

YAZID...
Kelmarin masa kita bersama. Digunakan sepenuhnya oleh aku untuk menasihatinya. Agar belajar bersungguh-sungguh.
RM 10.00 untuk setiap A yang diperolehi. Itulah yang juga aku buat kepada Aiman. Orang yang aku sayang.
Belajarlah bersungguh-sungguh agar menjadi anak yang baik.

ALIF ZIKRI...
Insya Allah tahun depan. Janji akan ku tunaikan. Tahun tak boleh. Tahun depan insya Allah akan ku tunaikan janji itu.
Andai ku terlupa...engkau ingatkan ya.
Belajarlah bersungguh-sungguh agar menjadi anak yang baik...


IRFAN FAUZAN
Kita jarang dapat bertemu. Tapi percayalah Cikgu sayang Irfan. Sifat manja Irfan masih segar lagi dalam liptan sejarah kita. Cikgu tatang Irfan bagai minyak yang penuh sejak dari tahun 2012 lagi. Sebab Irfanlah Cikgu jadi kuat untuk terus berada di alam prasekolah. Cikgu selalu ambil tahu tentang Irfan. Sebab cikgu percaya Irfan akan jadi anak yang baik.

Bagi anak-anakku yang lain...belajarlah bersungguh-sungguh. Cikgu sayang anda semua. Percayalah.