Tuesday, November 28, 2023

28.11.2023

Jam 11.30 pagi 28.10.2023 perjalanan pertama Cik meninggalkan kami semua untuk berehat di Hospital.

Bermula di Wad Kecemasan ke Wad Temenggong, berpindah ke wad Puteri kini ke Wad Mahsuri.

Sejak Cik dipindahkan ke Wad Mahsuri yang memerlukan penjaga, aku mengambil tanggungjawab pada pukul 12 tengah malam hingga jam 4.40 pagi.

Itulah rutin yang aku lalui sepanjang tempoh ini.


Sunday, November 26, 2023

Kak Ni

25.11.2023

Pukul 8.29 malam terima panggilan daripada telefon Kak Ni daripada Wani menyatakan Kak Ni  telah tiada.

Semoga Kak Ni ditempatkan dikalangan para kekasihNya.


Ujian

Cik buat perangai. Cik tak nak tidur.

Cik marah-marah sebab tak nak pakai oksigen alat bantuan pernafasan nya.

Mengamuk berkali-kali kepada aku malam ini.

Aku buat bodoh sahaja. Malu dengan keadaan ini. 

Apakan daya. Aku tidak mampu mengubatimu.

Friday, November 24, 2023

Katil 30, Wad Mahsuri

Lebih kurang jam 8 pagi, Cik bertukar katil 17 ke katil 30.

Semoga urusan Cik akan terus dipertahankan olehNya.

Semoga Cik kuat hadapi ujian ini.

Tuesday, November 21, 2023

12 pagi...

Ambil alih jagaan Cik pukul 12 pagi. Terpaksa sebab tiada yang mampu.

Kesihatan keluarga yang lain mesti diambil kira.

Isnin

Pagi Anis ambil alih

Pukul 5.30 Ema ambil alih

Pukul 9 malam Idin ambil alih

Pukul 12 pagi, masa aku.



Selasa pagi. 

Melihat kondisi Cik semakin bertambah alat bantuan pernafasan. Masalah di bahagian paru-paru.


Kesian dekat Cik. Semoga urusan Cik dipermudahkan olehNya 

Sunday, November 19, 2023

Katil 17, Wad Puteri

Alhamdulillah. Selesai bagi Cik susu dan ubat ikut tiub. 

Padamu aku bersyukur, kerana aku mempunyai kekuatan untuk melaksanakan misi yang telah diamanahkan.

Pada mu jua ku berserah.

Pada mu jua ku bergantung

Pada mu jua tempat ku memohon pertolongan.

1.30 pagi. 

Cik mula berpuasa.

Friday, November 17, 2023

Wad Mahsuri

Akhirnya Cik dipindahkan ke Wad Mahsuri petang tadi dalam jam 6.20 petang. 

Alhamdulillah. Padamu aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh mu ini.

Walaupun masalah kaki masih belum selesai. Semoga akvtiti kakinya pada hari Ahad akan berjalan dengan lancar


Gambar jam 1.37 pagi ini. Guna topeng untuk bernafas. 



Monday, November 13, 2023

Thursday, November 9, 2023

CRK2...


 Kisah petang ini.

Dekat 08.15 malam terima panggilan daripada hospital. Cik ditukarkan ke ward HDW Puteri katil 19.

Hari ini, juga beli aircond untuk rumah, 2 buah...RM4188 kat Ban Huat.



CRK

2 kali sudah ambil CRK sejak Cik masuk hospital.

Hari ini ambil CRK sebab Cik nak buat masuk kamera dan perut untuk tengok pendarahan dalam usus.

Semoga berjaya dengan jayanya.

Terima panggilan telefon daripada anak tersayang. Bagitahu nak datang ke KB selepas periksa. Datanglah sayang. Boleh hiburkan hatiku yang sedang berdebar ini.




Wednesday, November 8, 2023

8.11.2023

Semasa dalam perjalanan ke hospital petang ini. 

Terima panggilan telefon daripada Dr. Minta datang ke hospital esok pukul 8 bagi untuk buat scope sekali lagi. Bagi mengesan pendarahan dalam perut Cik.

Aku sudah tandatangan 


Monday, November 6, 2023

6.11.2023

Kisah petang ini. 

Semoga Cik kembali pulih dan ceria selalu.








Sunday, November 5, 2023

Ya Allah

Ya Allah berikan aku kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini

Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kekuatan kepada Cik untuk hadapi ujian ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusan Cik.

Ya Allah berikan kesembuhan kepada Cik.


5.11.2023

Alhamdulillah. Kembali guna oksigen melalui hidung. 

Syukur kepadamu Ya Allah.



Friday, November 3, 2023

Perkembangan...

02.11.2023.

Keadaan Cik nampak ok pada hari semalam. Boleh bercakap walaupun dia nampak letih. Dia berusaha untuk bercakap walaupun penat.





03.11.2023

Keadaan Cik sangat berbeza berbanding hari semalam.

Persamaan dia, Cik dahaga air, Tapi tak boleh minum. 

Nak menangis aku milhat Cik lapar dan dahaga.