Monday, February 29, 2016

29.2.2016

Hari ini kita berjumpa. Tapi tarikh ini perlu kita nantikan kembali 4 tahun lagi. Terlalu lama lagi untuk kita bertemu.
Hari ini seronok berada disekolah. Buat benda yang seronok.
Pagi-pagi anak- anak suka dengan sentuhan tangan ku dalam hiasan kelas. Sama-sama kita jaga kelas kita sayang. Terima kasih sayang sebab tahu cikgu buat itu untuk awak semua.
Abadikan kenangan terindah bersama-sama anak tersayang untuk tarikh keramat ini. Biarlah kenangan ini akan terukir indah di dalam memori kita...


Merakam jua kenangan terindah bersama dengan rakan-rakan buat tatapan anak cucu dimasa depan...


Sunday, February 28, 2016

Rindu...

Biarlah rindu yang bertandang di sudut hatiku berakhir dengan jalinan persaudaraan.
Andai terus ku merinduimu.. biarlah ku terus bertahan agar putaran masa yang akan menyemai benih persaudaraan kita.
Andai ku kembali kepadaNya, teruslah dikau merinduiku sebagaimana ku selalu merinduimu sepanjang detikku.
Biarlah aku terus merinduimu...

3 tahun lagi...

Ya. 3 tahun lagi aku akan melangkah kaki ku ke angka 40.
Terasa takut. Gementar. Persediaan masih lagi ditakuk yang lama. Semoga Allah s.w.t melimpahkan kurniaan hidayah kepadaku agar terus kekal dalam rahmatNya. Agar aku menjadi hambaNya yang soleh. AMIN.


3 tahun lagi usia tersebut akan ku hampiri. Aku masih ditakuk lama. Tiada perubahan. Tiada perkembangan untuk mempunyai keluarga sendiri. Adakah aku akan menuruti jejak- jejak warisku yang pergi tanpa meninggalkan zuriat.
Ya Allah Ya Tuhanku terasa takutnya diri ini untuk menanti saat-saat terakhir sisa hidupku tanpa zuriat sendiri.
Mengharapkan orang tidak mempunyai kesudahannya.  Aku tidak mampu untuk membuatkan hati mereka terbuka. Aku tidak mampu membuatkan jiwa mereka bersatu denganku. Aku perlu sedar dan perlu sedar diri.
Ya Allah andai kata ada jodohku...kau bukalah pintu hatiku ini. Andai aku ditakdirkan hidup sebegini aku berharap engkau bukalah pintu hati orang-orang yang aku sayangi untuk menyayangi diriku, sebagaimana aku menyayangi dirinya. Bukalah pintu hatinya sebagaimana impianku.  Aku terlalu berharap membuatkan aku menjafi sakit.
Ya Allah Ya Tuhanku... terimalah permintaanku ini...

Saturday, February 27, 2016

Demi anak tersayang...

Luangkan sedikit masa yang ada untuk ceriakan rumah untuk anak-anakku menuntut ilmu demi masa depannya. Syukur kepada Allah s.w.t diberikan kekuatan untuk melakukannya walaupun pernah berputus asa. Syukur sebab mendapat kekuatan lagi.
Konsep hari ini...konsep kitar semula barangan terpakai. Tema pilihan untuk projek ini...kasih sayang. Jangan cakap papa tak payung awak semua.
Konsep sayang... jangan cakap aku tak payung kalian semua.

Friday, February 26, 2016

Tahun ini...

Sedikit berbeza. Tahun lepas aku hanya dijemput sahaja. Namun risau juga untukku membantu mereka. Takut tak sama dengan ilmu yang dicurahlan oleh cikgunya. Tapi aku berharap semuanya berjalan dengan lancar.
Hari ini aku membantu mereka buat kelas. Kelas individu. Hanya tiga orang sahaja. Tak perlu ramai. Tapi harap ia akan berkesan hendaknya.
Semoga mereka berjaya.


Wednesday, February 24, 2016

Surat amaran...

Mulai tahun ini, Pengawas sekolah dan Pengawas PSS diberikan surat amaran prestasi pelajaran menurun.
Semoga dengan pendekatan ini...mutu pendidikan mereka akan meningkat. Hanya itulah harapan yang terkandung dalam pemikiran aku.
Berapa harga sehelai baju sekolah perlu difikirkan untuk pecat pengawas yang gagal...

Sunday, February 21, 2016

Zikri Mahyuddin...

Kelmarin aku dikejutkan dengan kematian bekas anak muridku di MADA.
Semoga dikau tenang disana. Teringat kembali memori kita bersama di dalam kelas 5 Arif. Disaat kita bersama berjuang untuk subjek sejarah pada tahun 2007.

3 Bestari 2016


Mungkin...
Mungkin kita telah dijodohkan untuk bersama lagi.
Walaupun...
Walaupun aku pernah menyatakan kepadamu... aku tidak mahu lagi mengajar dirimu. Sebab aku mahu memberikan ruang kepada cikgu yang lebih terbaik. Agar dirimu menjadi lebih terbaik. Sebab aku gagal memberikan kejayaan yang cemerlang kepadamu. Aku pasrah.
Noktah.
Titik permulaan telah kulakukan. Kini hanya tiba titik noktah sahaja.
Kita tak mungkin menjadi yang terbaik andai titik noktah telah ku letakkan sebelum kita berjuang.
Kita tak mungkin menjadi seperti 2014 andai titik noktah telah ku letakkan sebelum kita berjuang.
Kita tak mungkin...walaupun sebab titik noktah telah ku tanam dalam diri ini rapat-rapat. Agar tidak mungkin luntur.
Aku hanya menanti keajaiban yang mampu memberikan seribu satu semangat kepada diri ini...

Saturday, February 20, 2016

Kem Muhasabah Diri 2016

Selesai sudah kem pada tahun ini. Kem telah bermula pada hari jumaat pukul 5.30 petang hingga 10.30 malam untuk hari pertama.
Kem disambung pula pada hari ini dari pukul 7.30 pagi hinggajsm 6 petang.
Inilah kelainan yang dibawa oleh SKFC untuk tahun ini.
Kerjasama ibubapa amat terbaik. Hantar makanan untuk anak-anak. Inilah yang terbaik. Cakno anok.


Friday, February 19, 2016

Program Permuafakatan Ibubapa & Guru:Murid Tahun 6

Siri kedua program untuk anak-anak UPSR 2016. Semoga kejayaan yang akan di perolehi akan membelit hidupmu suatu nanti.

Thursday, February 18, 2016

mencari kekuatan...

Mencari kekuatan dan kegembiraan setelah dikecewakan. Terima kasih anak-anak 3 Bestari sebab memberikan rusng kegembiraan kepada diri ini untuk terus bertahan. Terima kasih.
Walaupun kadang-kadang dikau membuatkan diri ini rimas tapi dikaulah kekuatan diri ini. Terima kasih. Saya sayang kamu. Semoga perhubungan kita semua kekal ke akhirnya.

syukur

Terima kasih Ya Allah kerana menemukan hamba mu ini dengan agen insurans yang amat berat tentang pelanggan dia.
Terima kasih. Kak Nor. Terima kasih sebab bagi hadiah. Terasa diri dihargai. Walaupun lewat ku coretkan kensngan ini. Peristiwa berlaku pada tengahhari tadi.

Tuesday, February 16, 2016

letih

Sangat letih. Tak larat sudah untuk ku berfikir. Mencari dimana kekuatan dan kelemahan diri. Ku berharap kedamaian akan terus menyelubungi kehidupanku. Agar aku terus dapat bernafas dengan tenang.
Aku perlu teruskan kehidupan walaupun kelemahan mula menguasai semangatku. Apa yang kuharapkan semakin runtuh. Aku tewas. Aku gagal.
Dalam usia yang semakin mengejar dunia yang hakiki...aku tewas dalam pencarian. Aku gagal menemui titik kebahagiaan.
Aku kini bergayut di dahan yang rapuh hanya menanti masa untuk terkulai menyembah bumi yang kudus.
Permainan hidup terlalu perit. Tidak mampu untuk ku bertahan.
Tidak mungkin ku salahkan kuasamu Ya Allah. Sebab ku tahu jodoh dan maut itu adalah rahsiamu.
Tapi haruskah aku terus menanti dan menanti seperti pungguk yang merindui bulan. Aku tidak larat. Keletihan menguasai hidupku. Aku penat untuk terus menanti. Aku takut hidup sebegini. Aku risau dimana dan bagaimana episod terakhit hidupku akan terhenti.
Andai ku dapat mengorek rahsia itu. Tidak perlu untuk ku terus menanti. Aku insan ysng lemah hanya mampu dilambung ombak kehidupan.
Andai itu yang tersurat biarlah yang tersirat tidak jelas dimataku. Aku takut untuk terus beirmain teka teki.
Biarlah ku rawat duka dihatiku dengan caraku. Jangan diseksa hidupku pula kerana itu yang telah kau tetapkan. Aku hanya menyahut cabaran hidup yang telah dicorak olehmu.
#letihdenganpermainandunia
#akhiripenantianku

Bangkit...

Bangkit.
Contoh sudah ada. Jangan jadi bodoh.

Monday, February 15, 2016

langkah...

Semoga langkah ku pada hari ini diberkati olehNya. Semoga usahaku diaminkan oleh para malaikat dan diterima olehNya sebagai satu ibadahku dalam menyampaikan ilmu.
Kuatkan semangatku dalam melayari hidup ini dengan penuh kekuatan. Kuatkan semangatku.

Sunday, February 14, 2016

singgah...

BUKIT PUCHONG. 2.30 Petang
Singgah seketika di BP untuk hantar makanan kepada anak. Pergi tanpa dirancang. Pergi tanpa diketahui. Akhirnya tak dapat berjumpa. Dia baru sahaja keluar.
Mungkin lain harilah. Sekurang-kurang aku telah selesai tugasku.
Semoga menjadi anak yang baik. Semoga terus berusaha untuk menuntut ilmu dengan cemerlang.

Saturday, February 13, 2016

Dilamar...

Berhenti rehat di RnR Paka. Hujan turun dengan lebat. Sambil berehat dipondok menikmati nasi bekalan dari rumah.
Ditegur oleh seorang lelaki. Berborak dengan dia. Akhirnya dia tawar adik dia untuk dijadikan kekasih. Seorang cikgu di Melaka.
Entahlah rezeki apa yang hadir. Adakah ini jodohku...
Hanya menanti telefon berbunyi...

Tuesday, February 9, 2016

Tahniah..

Tahniah Nik Azli dan pasangan yang berkahwin hari ini. Semoga kekal bahagia.
Kini tinggal 2 orang sahaja yang masih solo.

Sunday, February 7, 2016

Lagi...

Hari ini buat aduan lagi. Tak puas hati dengan hasil kerja isu longkang bertakung.
Adakah patut air mandian di salurkan ke tangki septik. Haru namanya jalan penyelesaian tersebut.
Siap hantar wakil untuk melihat sendiri aduan aku itu. Dia ingat aku saja-saja nok buat aduan. Tolonglah buat yang terbaik.


Itu belum tunjuk longkang tetap bertakung airnya...mutu mengecat cam hodoh sahaja.

Saturday, February 6, 2016

lawat adik

Pukul 5 petang terus pergi lawat adik tersayang. Ada perubahan pada adik. Syukur. Tapi masih ada yang tak puas hati lagi.
Tapi tak boleh masuk sebab tukar kunci.

longkang masih lagi bertakung air

Friday, February 5, 2016

jumaat...5.2

Hari ini selesai. 3 program di sekolah.
a. Bacaan Yasin.
Terpaksa buat dalam dewan. Cuaca seolah- olah hendak hujan.


b. Merentas desa
Syukur tak hujan. Jika tidak terpaksa dibatalkan.


c.rumah sukan.
Rumah Kuning tahun ini. Bendahara...
Barisan kepimpinan rumah kuning


Wednesday, February 3, 2016

Bola Baling Perempuan bawah 12 tahun...

Syukur kepada Allah s.w.t walaupun berjaya berjuang di peringkat 2 perlawanan dan akhirnya kalah tipis kepada pasukan SK Simpang Pelangai dan Pelangai Jawi-Jawi tapi mutu permainan mereka adalah yang terbaik.


 Pukul 5.30 petang ke sekolah untuk aktiviti latihan merentae desa. Selesai untuk hari ini.

Monday, February 1, 2016

Kejohanan Bola Baling Zon Bentong

12 orang murid lelaki diangkut ke Dewan Komuniti Kg. Baris untuk berlawan bola. Tapi kegagalan ditemui. Gagal dalam 2 perlawanan. Akhirnya kita pulang dengan kegagalan.
SKFC vs SK Mempaga 0- 2
SKFC vs SK Karak 0-4

Tugas tidak hanya berakhir di gelanggang perlawanan. Ia berlanjutan hingga ke rumah.
Persiapan untuk hari rabu pula. Harap ada kejayaan untuk anak-anak.
Walaupun begitu kesan kotoran degil yang bertahun lamanya gagal dihilangkan. Janji dah bersih dan selamat untuk digunakan.