Thursday, March 30, 2017

Kisah hari ini...


Eskandar, Naufal dan Danial Asmawi. Anak muridku sejak 2014 hingga 2016. Tahun ini sahaja tidak ajari mereka.
Kisah hari ini...


Saturday, March 25, 2017

Sabtu...

Masih lagi berada di KB. Puncanya majlis kelmarin. Maka terpaksa balik lewat.
Beli mesin pengisar yang baru. Melayang rm145.00 jenama panasonic.

Friday, March 24, 2017

Projek

Terlaksana jua projek mega Pok Su Pin ( tok sedara). Majlis tahlil. Masakan utana daging singgang.


Thursday, March 23, 2017

Kuatkan semangatmu...

Ya Allah kuatkan semangat anakku melawan penyakitnya.
Pulihkanlah dia sebagaimana selalu.
Ceriakan semula dirinya.
AMIN.
Kuatkan semangatmu Zid. Aku pasti dikau akan kuat.
Walaupun kita berjauhan... percayalah kita sebenarnya dekat sahaja.
Percayalah. Dikau memang kuat.
Terima kasih Aliff atas perkhabaran tentang Zid yang sedang sakit.

Wednesday, March 22, 2017

Cuti...bosan

Cuti kali ini sungguh bosan. Tak ada apa yang menarik. Kosong.
Hari ini sama seperti hari yang telah berlalu pergi. Bosan.
Kertas ujian masih lagi berbaki. Baru usik sedikit sahaja.  Ini satu contoh karangan bahagian B yang terbaik. Mungkin rezeki dia sebab memang pandai. Yang lain...
Dari jauh ku dapat info...program masjid dan tahun 6 sangat berjaya...

Sunday, March 19, 2017

Selesai...

RM360.10.
Selesai. Servis kereta dan bateri kereta.
Bulan ini mati. Mati bulan ini.

Friday, March 17, 2017

Hari terakhir...

Hari terakhir untuk penggal ini. Selesai.
Kita bertemu selepas ini. Semoga pertemuan kita akan lebih bermakna.
Selamat bercuti semua. Jagalah keselamatan diri masing-masing.

Benci

Tak selesa bila tiba bulan Mac. Jiwa jadi tidak menentu. Bila nok datang bulan April nih.
Cepatlah datang. Aku sudah tidak suka berada dalam bulan ini.

Thursday, March 16, 2017

Kisah hari ini...

Kisah hari ini.
Kawad kebakaran dan gotong royong basmi Aedes.
2 program dalan satu masa.







Monday, March 13, 2017

"Bersyukur"

"Bersyukur"lah...
Inilah hasil kerjaku sepanjang tahun 2016.
Sepanjang perjalanan hidupku berkhidmat dengan KPM inilah kali pertama aku melihat markahku dengan mataku sendiri.
Teruskan perjuangan ku sebagai seorang pendidik untuk mendidik anak bangsaku.

Friday, March 10, 2017

Pantang larang

Aku cukup pantang orang yang bercakap bergegar tentang aku. Sedangkan aku sudah bilang. Tak puas hati jumpa depan-depan. Tak perlu bergegar di belakang. Tak selesai. Tambah dosa sahaja.
Dia ingat dengan mengumpat dia bahagia. Jangan pula aku keluarkan kenyataan tak redha dengan apa yang ku sampaikan. Sebab aku jenis macam itu. Aku ikhlas hendak membetulkan apa yang salah.
Mungkin ia bunyi agar kejam.
Sebab cara lembut tak jalan. Guna cara kasarlah. Rupanya ia menguriskan persaan ibu bapa pula. Masalah ibu bapa tak pula hendak ambil peduli tentang anak-anak mereka.

Thursday, March 9, 2017

2 tahub...

2 tahun lagi sebelum usia ku jejak pada angka 40
Semoga tahun ini...kejayaan milikku

Tuesday, March 7, 2017

Ingat dah selesai...

Aku ingat kes aku mengamuk dalam kelas 3 Azkiya' telah selesai. Rupa-rupanya kes itu tak pernah selesai. Tak puas hati. Tak pula datang berjumpa aku untuk bertanya kisah sebenarnya.
Lantaklah mu... janji anak-anak mu sekarang ada perubahan di mata aku. Sekurang-kurangnya objektif aku telah tercapai. Itu sahaja yang hendak aku sampaikan.
Tak kisahlah dia bercakap sebab takut kepada aku atau apa-apa janji anak mereka sudah ada keyakinan diri untuk bercakap...dihadapan.
Malam ini terpaksa menerangkan peristiwa itu setelah ditanya oleh Man Buger dalam hujan yang lebat di gerai bugernya...

Monday, March 6, 2017

Rajin

Terasa rajin hari ini. Buat kali ketiga aku buat sambal bilis tempoyak.

Saturday, March 4, 2017

Terima kasih...

Terima kasih Bani... selesai juga kerja kita.
Pukul 8.30 hingga 10.30 pagi
Pukul 5.30 hingga 7.30 petang.
Akhirnya selesai juga kita...setelah tertunda beberapa kali sebab rintangan cuaca.


Luahan perasaan...

Inilah luahan perasaan anak-anakku. Sememangnya luahan isi hati anakku ini cukup merobek hati ini.
Namun jika kita tidak tegas dengan aturan kelas sudah pasti kerja sekolah tiada.
Sudah pasti banyak yang tidak siapkan kerja sekolah.
Aku terpaksa jua guna kekerasan dalam masa yang sama ku pujuk kembali mereka dan ku rasa rawat mereka.

Thursday, March 2, 2017

Berhenti...

Kadang-kadang terasa penat dalam melayari hidup ini.
Kadang-kadang terasa macam tidak adil hidup ini.
Kadang-kadang terasa mengapa aku dilahirkan di dunia ini...
Betul...
Soal jodoh
Soal rezeki
Soal mati
Semua itu rahsiaNya...
Tapi sampai bila...
Bila aku akan dapat mengetahui rahsia itu...
Usiaku semakin hari meningkat. Setiap hari aku diseru untuk dipulangkan ke tempat asalku.
Adakah aku akan menutup mata tanpa mengetahui rahsia itu.
Adakah aku akan digolongkan dalam golong yang tidak mengikuti sunnah kekasihmu...
Adakah nikmat di dunia dinafikan untuk aku.
Adilkah itu jika tanpa sebab hak aku dinafikan.
Apakah dosa-dosaku sehingga aku diseksa sebegini rupa.
Adakah aku yang bersalah...
Mengapa aku diuji di dunia ini...
Adakah ini bererti aku tidak akan disoal dihadapan mu...
Adakah aku tidak perlu amalan anak yang soleh untuk pertahankan diriku dihadapanmu...
Aku tahu semua itu rahsiamu.
Aku tahu sebagai hambamu aku tidak wajar bersikap sebegini...