Hari ini, jam 1.15 petang bertempat di bilik gerakan MRKK. barisan guru-guru spm menghadapi satu post mortem keputusan spm 2008. aku secara tidak langsung terlibat kerna aku mengajar sejarah pada tahun ini.
subjek sejarah telah membuat satu peningkatan yang cukup besar dalam sejarah sekolah iaitu 91.30% daripada 73.08%. walaupun peningkatan peratusan tinggi namum bilangan A juga boleh dikatakan tinggi berbanding dengan tahun lepas.
bebanan yang tergalas dibahu secara tidak langsung menjadi semakin besar demi mengekalkan % sekolah mahupun memastikan bilangan A meningkat.
Walaupun mempunyai pengalaman hampir 3 tahun bergelumbang dalam subjek ini, namun suasana yang terdapat disini tidak sama seperti mana yang terdapat di MADA suatu ketika dahulu. walaupun keputusan di MADA juga berada dalam kelompok yang sama di MRKK, namun apa yang menjadi masalah sekarang aku perlu memastikan dapat menarik pelajar biar mereka dapat bersama-sama dengan aku dalam melayari kehidupan dalam perjuangan menghadapi SPM.
No comments:
Post a Comment