Sejak aku tahu bab mana yang akan keluar exam dah kita oyat... hanya bab 1,2,3 bagi tingkatan 4 & 5 sahaja. Latihan dah juga buat tapi mengapa langsung mereka gagal menjawab.....
Agaknya inilah cabaran aku disekolah baru... aduh sakit kepala....
Seteruk-teruk Afizul salah seorang pelajar ku di MADA ada juga markah yang layak untuk diberikan tapi.....kat sini entahlah jawapan yang diberikan adalah kosong..... salin soalan semula.
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada diri ini dalam menenpuh cabaran dalam menghadapi karenah pelajar yang mungkin tidak dapat menerima kehadiran aku sebagai salah seorang tenaga pengajar mereka. Entahlah mungkin aku tidak menepati piawai mereka yang terlalu pandai. Ya aku tahu inilah kesannya kalau mengajar orang pandai... mungkin ini tanda protes mereka terhadap diri ini dengan cara halus.
Aku dah berikan amaran kepada mereka jika tak boleh ikut cara pengajaran aku, guna saluran yang betul berikan panduan kepada diri ini.
Entahlah.... segalanya membuatkan pemikiran menjadi beku... tiada mood dan segalanya ada dalam diri ini.... kertas jawapan sejarah kertas 2 yang dihantar masih lagi tidak berbekas.... walaupun hakikatnya sangat mudah untuk aku semak.... pangkah ajeeee.
Yang menjadi hati dan jiwa ini rasa nak marah lagi geram cara penulisan sejarah masih ada yang gagal mengikuti format penulisan esei... dah nak berbuih diri ini memberitahu tapi hasilnya masih lagi sama.... tiada perbezaan...............
Inilah antara skrip jawapan sejarah SPM yang aku semak yang membuatkan hati dan perasaan ini menjadi remuk......


format penulisan esei yang salah..... cakap dah nak berbuih mulut macam kena sawan babi tapi inilah hasilnya.....



1 comment:
salam cikgu, saya penah jadi anak murid cikgu, tahun lepas. taun ni spm kat MML. Kasihan... harap cikgu sabar la, diorang'ulu', xleh lagi kot trima ckgu 'moden' n 'maju' cam ckgu ni... ahaks3..
baruni masa ujian bln 3 alhamdulillah, sejarah saya bleh a, ntuk midyear exam ni x tau lagi camne, harap2 lbih baik la..
selamat hari GURU!! ubyz
Post a Comment