hari ini hari terakhir aku, pergi kelas diploma pendidikan UUM YIK.....minggu depan aku tidak lagi akan menjejak kaki ke sana...inilah yang dikatakan pengorbanan yang terbesar aku lakukan. walaupun hakikatnya sebanyak RM 10 000 telah aku laburkan untuk mengikuti kursus ini...tapi apakan daya....jalan yang aku pilih selepas ini adalah jalan yang bagi aku adalah jalan yang paling betul....insyaallah semoga pilihan aku adalah pilihan yang tepat...
2007, aku telah melepaskan satu tawaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengikut kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ( DPLI ) di Universiti Sabah Malaysia dalam bidang Geografi. semasa tawaran itu, aku masih lagi mengajar di MADA...
Maka aku berharap pilihan aku kali ini adalah pilihan yang paling tepat....
No comments:
Post a Comment