Monday, May 17, 2010

hari yang paling bermakna...

Hari ini..16 Mei pasti menjadi igauan mimpi selalu...inilah tarikh keramat yang amat dinantikan sejak bergelar seorang GURU...
Mungkin inilah juga yang di rasai oleh semua guru-guruku apabila anak didiknya masih mengingati dirinya...
Memang tanpa seorang guru biasa...tidak mungkin aku akan berada di tahap ini..walaupun sedikit lambat berbanding rakan-rakan ku di SEK MEN PUTERA mahupun di SEK MEN KOTA BHARU...

Teringat aku kepada kenangan lalu...

Aku menjadi lebih pilu setelah aku membaca balasan cikgu Kamisah dalam FB..

Kamisah Abdullah
tq,anak buah chegu semuanya dah dewasa,bermakna chegu pun dah hampir ke penghujungnya,maafkan chegu di atas kesalahan chegu masa lalu
Sabtu pada pukul 10.18 ptg

terasa air mata ini mengalir dipipi...sayu terasa membaca ucapannya...

Pn. Kamisah bukan seoarang guru yang biasa dalam diri pelajar SM Putera...khasnya pelajar kelas 2K1, 3K1, 4 & 5 Marikh... dari tahun 1993-1996...beliau seorang guru yang paling rajin yang pernah aku temui...aku sendiri tidak mampu menjadi sehebat dirinya...
kalu dulu dia pantang melihat kelas kosong ...maka kelas yang kosong itu akan beliau isikan dengan mengajar matapelajaran fizik....usahanya tidak hanya terhenti di situ sahaja....beliau seorang yang memang mempunyai sifat guru yang sejati...membakar dirinya untuk menerangi diri orang lain... akhirnya beliau berjaya.

Aku mendoakan agar diri sihat-sihat selalu di samping keluarga yang tercinta.... Terima Kasih Cikgu...
Terima kasih kerana sudi mengajar anak muridmu ini...kasih sayang yang dikau curahkan merupakan satu kenangan yang tak mungkin dilupakan sepanjang hidupku...

Terima Kasih buat semua guru-guruku yang pernah mewarnai hidupku dengan curahan ilmumu...tanpa dikau semua aku tidak mampu untuk mengenggam dunia ini dengan sekuat yang mungkin....




No comments: