tersedar dari tidur yang panjang setelah mengalami keletihan yang melampau sejak kelmarin. aktiviti yang pertama aku lakukan adalah melihat adakah laptop kesayanganku masih lagi berfungsi. aku tekad hari ini, dunia tanpa sempadan perlu aku sambungkan. banyak perkara yang tak mampu aku larikan dalam dunia yang terkatup....
melangkah keluar dari belenggu kehidupan yang statik, menuju ke dunia luar yang penuh panorama alam yang mengindahkan...
aku menjejak kaki aku ke pasaraya Giant...mencari sesuatu yang boleh menyebabkan diri ini tenang seketika...mencari kedamaian dijiwa...
awan yang berarak perlahan-lahan memayungi diri ini, akhir kepenatan yang tidak dapat dileraikan mengeluarkan jua akhirnya peluh dalam panahan sang mentari..bumi yang permai akhirnya disirami peluh sang awan seketika walaupun titisannya tidak mampu membasahi bumi yang kepenatan....
No comments:
Post a Comment