Saturday, August 28, 2010

minggu ke- 10

Esok, 29.8...adalah minggu ke -10 aku berpraktikum kat sekolah Tuan Syed Jan Al Jaffri. Maknanya aku hanya ada lagi 2 minggu untuk melengkapkan tugasan, amanah yang terpikul di atas bahu ini.
Segala kenangan indah bersama-sama anak anak di Syed Jan pasti akan memberikan seribu satu kenangan yang terindah kepada diri ini.
Terima kasih anak-anak dari kelas 5 Berlian, 5 Mutiara, 5 zamrud dan 4 Delima ...kenangan indah bersama-sama dalam tempoh masa yang singkat merupakan satu pengalaman yang amat bermakna kepada diri ini untuk menyelami dunia kehidupan anak-anak kecil.
Pengalaman bersama-sama anak-anak dari SK Islah suatu masa dahulu dalam tempoh PBS mengajar aku tentang erti kehidupan anak-anak kecil.
Suka duka kita bersama-sama amat bermakna...walaupun kenangan kita bersama hanya sekelip mata sahaja.
Terima kasih buat semua, warga SKTSJAJ....

No comments: