Thursday, September 23, 2010

selmat tinggal....SK Syed Jan



Hari ini merupakan hari-hari terakhir aku berada di Syed Jan, kerana selepas ini aku tidak bisa lagi akan bersama-sama Syed Jan dalam menghirup nafas-nafas bersamamu....
Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menolong aku melengkapkan paktikum disana. Buat Puan Azwa, Puan Roszhita dan Puan Haslina, jasa kalian akan dikenang sampai bila2. Tanpa kalian agar sukar untuk diri ini menjadi seorang guru yang bertauliah dan diiktiraf oleh kerajaan. Buat anak-anak didikku ...5 Berlian, 5 Mutiara, 5 Zamrud dan 4 Delima....kerjasama kalian terhadapku amat besar, Jasa kalian adalah jasa yang tidak ada nilainya yang boleh ditukar dengan segala-galanya.
Buat anak-anak didikku yang yang pernah terkena cubitanku, pernah mendengar leteranku, dan segala tindakan ku yang amat menyakitkan perasaan dan jiwa kalian, tidak pernah terlintas dihati kecil ini untuk menyakitkan hatimu walaupun sebesar zarah pun.
Andai kata ia akan menyakitkan kalian dan menguris perasaan kalian, hanya ucapan maaf sahaja yang termampu aku luahkan...

No comments: