Pagi tadi, terlihat status koiry result kpli sudah boleh keluar. Teruja untuk melihatnya sehingga tersilap isi ic. Aduh dah lah tu boleh semak 2 kali dalam tempoh 60 minit. ini bermakna sejam selepas tu baru boleh semak balik. Jam 2.20 minit pagi aku baru boleh semak balik keputusan. syukur kepadaNya yang telah memberikan kepada hambanya ini ruang untuk sedikit kejayaan yang dicapai.
Terima kasih pensyarah-pensyarah yang telah memberikan ilmu pengetahuan selamat berada di IPSAH Puan Esah. En. Zikri, En. Mastor, Puan Norini, En Hasnul, En. Fakaruddin, En. Rosli, dan pensyarah- pensyarah IPSAH dan buat rakan-rakan kpli yang banyak memberikan semangat untuk terus mengikuti kpli...
Syukur dan berterima kasih yang teramat-amat kepada 3 tulang belakang dalam merealitikan kejayaaan dalam misi praktikum di Syed Jan Al-Jaffri iaitu Puan Norazwa Ghazali, Puan Haslina Ab Karim dan Puan Roszhita AB Rahman dibawah payung meraka aku mendapat perlindungan yang sewajarnya seterusnya memberikan kekuataan untuk mencari sinar kebahagiaan.
Tanpa mereka ini realiti ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih anak-anak didik dari Kelas 5 Berlian, 5 Mutiara, 5 Zamrud dan juga 4 Delima. Tanpa mereka semua yang terpaksa dan menerima diri ini dalam tempoh 12 minggu segalanya tidak akan mungkin. Terima kasih semua. segala kerjasama anda amat dihargai. I LOVE U semua....
No comments:
Post a Comment