Dipengerusikan oleh GB, mesyuarat/perbincangan diadakan dengan GB bagi memastikan perjalanan mesyuarat waris pertama bagi tahun 2012 dapat dijalankan. Motif perbincangan adalah untuk majlis gotong royong yang bakal dijalankan pada 30.3.2012 nanti. Ini kerana ia bakal melibatkan kewangan yang tinggi. Membuat sebuah taman di hadapan bilik prasekolah. Kos pengurusan adalah seratus peratus sumbangan daripada ibubapa. Macam duduk di zaman 60-an pula terasa. Syukur batu, simen, cat segalanya telah diperolehi daripada penyumbang. Terima kasih kerana sudi menyumbang kewangan yang banyak untuk tujuan tersebut. Segala jasa baik kalian hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Urusan yang melibatkan taman sahaja, yangmemeningkan kepala, kerana ia akan melibatkan banyak benda yang hendak dilakukan, kolam ikan pun nak kena bina, jambatan/titi pun nak kena buat.Tapak reksiologi pun nak buat.haaaa
Harap segalanya akan berjalan dengan lancar esoknya. Amin
No comments:
Post a Comment