Tuesday, January 1, 2013

1.1.2013

Kedinginan malam, menusuk sum-sum tulang. Namun kudrat yang masih berbaki terus bertahan untuk sampai ke pagi esok.
Esok. Segalanya akan bermula seperti biasa. Janji tetap tinggal janji. Masih lagi di takuk lama. Tiada perubahan.Yang berubah hanya wajah-wajah yang akan menghiasi tirai 2013 sahaja.
Langkah perjalanan hidup perlu diteruskan jua walaupun terasa sakit. Demi mencari keredhaan-Nya akan tetap ku galas derita yang ditanggung keseorangan diri.
Selamat datang. Selamat berkenalan. Selamat bertemu kembali buat warga Pra Bestari. Nantikan kejutan demi kejutan yang akan dilakukan dalam tirai 2013 bagi mencantikkan lagi perjalanan lakonan hidup.

No comments: