Monday, April 29, 2013

Menyesal...

Menyesal aku menyesal...
Singgah kedai mu
untuk aku nikmati daging masak
Makanan yang ku order langsung tidak sedap...

Aduh penat sahaja aku, menunggang motorsikal sampai ke Simpang Bukit Mendi sedemi mencari makan. Akhirnya kedai yang aku singgah itu langsung tidak sedap. Minta Nasi goreng pataya...tak boleh buat sebab kuali melekat...tak kisahlah. Minta nasi goreng merah. Siap nak makan dengan apa daging masak merah tu. Aduh penat sungguh kedai nih. Tak pernah aku jumpa kedai nasi goreng daging masak merah tak tahu nak buat macam mana...
Air yang di order sampai...Terpaksa aku mengucap panjang sebelum air tiba di tempat aku. Air Buih Oren yang ku pesan...rasa tak rasa oren. Putih macam air masak yang dimasukkan pewanar dan perasa aje. memang teruk punya kedai...
Aku makan tak habis... siap dia tanya kenapa tak habis. Tak kan aku nak kata makanan yang dimasaknya tak sedap. Nasi goreng perencah ADABI lagi sedap ....
RM 10.50 bertukar tangan, dengan janji dan tekad kan akan masuk lagi ke kedai ini. Buat membazir duit sahaja....
MENYESALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

No comments: