Terasa lambatnya putaran jam bergerak untuk melengkapkan kitaran 2013. Tak sabar terasa diri ini untuk melepaskan segala bebanan yang terpahat dibahu ini. Kerana aku mengharapkan perjalanan hidupku di tahun 2014 akan menceriakan aku kembali.
Biarlah aku mengajar banyak subjek dari aku mengajar prasekolah. Kerana mengajar prasekolah pun banyak subjek kena aku uruskan.Tapi amat berbeza mengajar orang kecil dengan orang yang telah matang sedikit.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku tahu aku berdosa kerna aku berdosa kepada dirikiku sendiri. Tapi berdosakah aku menyandarkan dosa-dasaku ini kepada bahu orang lain yang telah mendera perasaan aku selama ini. Mereka semua tidak pernah pedulikan apa yang berlaku pada kehidupan ini. Hanya melakukan sendiri. Tiada pertanyaan, tiada persoalan. tiada kemanusiaan. Yang ada hanya melicinkan perjalanan mereka sahaja.
Bergelumbang dengan anak-anak prasekolah di tahun 2013 amat memeritkan. seminggu ppm aku tiada di sekolah, satu ungkapan daripada mereka tidak pernah terlintas di kepala ini. langsung tiada kata-kata simpati yang boleh menceriakan perasaan ini. Entahlah aku sendiri kurang pasti adakah mereka ini sangat bodoh?banggang?tolol?bahlol?atau apakah aku sendiri tidak pasti.atau dengan lain perkataan mereka ini tidak sempat bertanya tentang itu sebab banyak urusan lain perlu dilakukan.
Aku akui...aku bertahan disebabkan adanya permata-permata yang boleh menyebabkan diri ini bertahan untuk terus mengajar. Tapi sampai bila aku perlu mencari permata-permata untuk menceriakan hati ini. Sampai bila.Datang ke sekolah, tapi jasadnya kaku. Masuk mengajar tidak menepati kehendaknya. Ikut suka aku.
Memang aku akui...aku memang mendera mental anak-anak pra. Umur 6 tahun dikerah untuk menjawab soalan matematik 100 soalan atau 80 soalan dalam masa 30 minit, membuat karangan pendek dengan berpandukan satu perkataan yang diberikan.Menulis petikan di papan putih dalam tempoh 20 minit. dan pelbagai lagi aktiviti yang aku jalankan diluar kotak pemikiran anak-anak yang berusia seperti itu. Kenapa aku lakukan begitu?Kerana aku tak hendak mengikut sukatan pelajaran yang diarahkan sebab ia bukan dunia aku. Dunia aku hanyalah dunia yang membenarkan aku meneroka pemikiran mereka. Bagiku aku hendak budak ikut kehendak aku...aku tak akan ikut kehendak mereka. Memang zalim...
2 biji buku anak muridku tahun ini telah di koyak dengan sewenang-wenangnya oleh aku. Memang zalim tapi itulah aku,mereka perlu ikut telunjuk aku, bukan aku perlu mengikut telunjuk mereka. Jika aku mengikut telunjuk mereka maka jadinya...deraan fizikal menjadi habuanya.
No comments:
Post a Comment