Friday, August 23, 2013

Episod pertama selesai...

Syukur episod pertama aku untuk buat projek aku dah selesai. Malam ini segalanya dah beres. Esok nanti print baru dan dituliskan nama peserta, seterusnya agihan skrip akan dilakukan sebelum bulan sembilan. Bulan sembilan Episod ke-2 akan bermula. 
Barangan propnya akan dijalankan serentak selaras dengan gerakan kerja yang dilakukan. Tak boleh lagi toleh ke belakang. Ke depan sahaja. Perlu siap sedia. Impian aku tahun ini, sebelum aku melepaskan segalanya. 
Banyak benda nampaknya yang perlu dikeluarkan duitnya, tapi nampak gayanya impian aku mesti dijalankan jua...walaupun tidak akan mendapat persetujuan ramai...kerana itu adalah kehendak aku, aku hendak benda ini. Jadi atau tidak jadi tolak ke tepi. Janji aku cuba terlebih dahulu. 
Jika anak muridku gagal memberi kepuasan kepada aku, aku akan guna cara kekerasan. Aku peduli apa. Janji aku mendapat kepuasan apa yang aku idamkan.
Hari ni sahaja akku telah meluangkan masa yang cukup panjang...lebih 6 jam aku mengadap komputer sambil mendengar berkali-kali rakaman video ini. sakit telinga usahlah dicakap. Inilah pengorbanan. Maka pengorbanan aaku ini tidak boleh dipandang sepi. Ini bukan pengorbanan yang biasa-biasa aje.
   SEMOGA PROJEK AKHIR INI AKAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

No comments: