Monday, September 30, 2013

puas yang amat sangat...

Awal sehari sebagaimana yang telah dirancang oleh aku. Mungkin hari ini hari yang paling cantik. Semua geng pra ada kecuali Yana yang bercuti. Aku sudahpun meluahkan hasrat aku kepada salah seorang orang yang penting disekolah aku. Hasrat yang cukup murni sebagaimana yang aku isikan dalam borang pertukaran aku. Aku berasa tertekan berada di alam dunia prasekolah. Aku ingin ke alam arus perdana. Walaupun aku nampak bergurau, tapi penegasan telah aku berikan bahawa aku memang tak ingin lagi mengajar prasekolah. 
Aku memang puas hari ini, puas yang amat sangat. macam batu di kepala ini dapat ku buangkan. macam nasib Bilal yang diseksa. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberi kekuatan kepada aku untuk meluahkan hasrat di hati ini.
Semoga ia akan memberi petunjuk kepada mereka, bahawa aku ingin ke arus perdana. 3 tahun aku telah korbankan masa dan ruang aku kepada mereka. Sekarang masa aku untuk memenuhi hasrat di hati pula.

No comments: