Monday, November 17, 2014

Mb dan anak-anakku

Hari ini, majlis jamuan akhir tahun bersama-sama dengan anak-anakku kelas 1 Bestari. Tapi jamuan yang dilakukan adalah dengan memberikan Marrybrown kepada mereka.
Sebab cikgu dia malas nak urus kelas selepas jamuan. Mudah citer.
Bersama-sama makanan mereka
Raikan...
Merasai makanan
Merakam kenangan bersama-sama anak-anakku

Dalam majlis itu juga bagi penghargaan kepada 2 orang anak-anak cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun. Tahniah buat Firdaus dan Hani Zulaikha di atas kejayaan anda. Program ini merupakan kesinambungan yang dilakukan di dalam prasekolah. Sekadar memberikan rangsangan kepada mereka untuk berjaya nanti.
Mohamad Firdaus Ahmad Kamal...tempat pertama dalam kelas
Hani Zulaikha Ramizan...tempat kedua dalam kelas

Bersama dengan hadiah yang dimenangi...buku lagi
Sorry anak-anakku, cikgu tak reti beli hadiah lain selain daripada buku. Kerana buku banyak manfaat yang kamu akan dapat.

No comments: