Tahun 2014. Membuka lembaran baru dalam dunia aku. Aku tidak lagi mengajar anak-anak prasekolah. Tapi mereka masih lagi kekal bersama aku. Kini aku kembali mengajar mereka. Anak-anak pra tahun 2012 dan 2013 kembali menjadi igauan ngeri bagi mereka. Cikgu mereka yang akan mengajar mereka.
Sukar nak percaya tapi itulah hakikatnya. Kembali bertemu dengan mereka yang pernah suatu ketika dahulu menjadikan hidup ini ceria.
Aku hanya mendapat anak-anak yang tidak pernah mengenali aku hanya murid tahun 4A, 4B dan 5B sahaja.
Tapi macam selalu kita perlu ada prinsip dan peraturan. Peraturan itulah yang akan menjarakkan mereka dan mereka perlu ikuti dalam tempoh setahun ini.
Melalui peraturan inilah mereka akan kenali aku siapa sebenarnya. Ada masanya kita boleh bergelak tawa ada masanya kita perlu serius di dalam kelas. Kita tak boleh terlalu tertekan, nanti rosak jadinya.
Jangan ditakuti tapi jadilah ini asam dalam kehidupan wahai anak-anakku.
No comments:
Post a Comment