Thursday, June 26, 2014

Hari Bertemu Pelanggan...

Esok merupakan hari pertama aku berdepan dengan ibubapa untuk hari bertemu ibubapa bagi membincangkan proses pembelajaran anak-anak secara normal.
Persiapan perlu dicari dan mesti diselesaikan...
Banyak benda yang perlu aku ambil kira untuk bercakap dengan ibubapa. Haruskah aku bercakap sejujur-jujurnya atau...
Tapi seperti selalu aku tidak akan membiarkan anak-anak aku hanyut di dalam dunianya. Aku perlu memainkan peranan dalam menyediakan pendayung andainya ia hampir tenggelam.
Aku perlukan akar sekiranya ia hampir hanyut untuk tempat bertaut.

No comments: