Inilah barisan anak-anak aku untuk tahun ini. Inilah putera puteri ku setelah aku bertapak di alam sebenarnya.
Dengan pelbagai ragam, dengan pelbagai aksi merekalah penghibur suka dan duka ketika di dalam keletihan mahupun ketika di dalam kemarahan.
Mereka ini, harapan bangsa pada masa akan depan. Dibahu ini terletak satu harapan yang menggunung yang perlu ditanggung oleh aku. Andai gagal mereka pada hari ini, kegagalan mereka adalah bkti kejatuhan bangsa melayu pada masa depan.
Ayuh anak-anakku bangkit dan bangun untuk masa depan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment