Terasa sejuk mata memandang. Melihat perubahan dirinya yang kini semakin meningkat ke alam remaja dan dalam proses meninggalkan alam kanak-kanak.
Semoga pengajian di sekolah agama akan memberikan sinar kedamaian ke dalam dirinya untuk menjadi anak yang soleh dan beriman yang bakal menjadi tulang belakang ke atas keluarganya nanti.
Belajarlah bersungguh-sungguh, kerana dengan pelajaran sahaja kita mampu mengubah nasib keluarga dan diri kita.
Ini kerana islam itu sendiri menyeru umatnya belajar dan terus belajar. Sebab itu wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w adalah Iqra...
Wan Muhammad Aiman...teruskan perjalanan mu di dalam mengejar cita-cita dan bakal memikul tanggungjawab dalam kehidupan yang akan mendatang itu.
Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar dikau berjaya di dalam hidup.
Aku tanya apa khabar?...masih belum berbalas lagi soalanku. Entah di mana silapnya entah dimana kurangnya? Mana janji-janji yang pernah terpatri suatu masa dahulu. Begitu indah janji tersebut. Begitu puitis ayat-ayat yang tersusun rapi.
Muhammad Ekmal Danial, semoga kejayaan milikmu.Dari jauh ku panjatkan doa untuk kejayaan mu di sana.
Muhammad Affnan Danial dan Mah Hamizan Mizan semoga kejayaan milik mu. Agar suatu masa nanti kita masih boleh bertemu.
Padamu aku bersyukur, walaupun terpisah antara jarak, masa dan usia. Namun diatas kehendakmu aku masih lagi boleh berjumpa dan bertemu walaupun kita terpisah. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus terjalin sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment