Syukur kepada Allah s.w.t yang masih lagi menyelamatkan diri ini daripada kejadian kecurian melalui penggunaan kad kredit.
Tersedar tidur pukul 3 pagi. Lihat ada sms untuk kod msos. Terus buat semakan apa itu maksud msos. Setelah tahu maksud msos. Terus telefon maybank untuk pertanyaan.
Memang ada cubaan kecurian pembelian melalui kad kredit maybank American Express aku. Kad ini tidak pernah aku guna. Jumlah transasi tidaklah besar sekadar USD 186.78. Jika di darab dengan nilai mata wang semasa mahu juga pening aku.
Syukurlah nilai-nilai keselamatan yang ada pada maybank cukup baik telah menyelamatkan aku dari menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab.
The F1 Store. Disitulah cubaan transisi ini cuba dilakukan.
Bersyukur semuanya selamat.
No comments:
Post a Comment