Ya Allah Ya Tuhanku, padamu aku merayu dan padamu aku meminta agar anakku berjaya dalam pelajarannya.
Ya Allah Ya Tuhanku, padamu aku merayu dan memohon agar anakku diberikan kekuatan untuk belajar dan membuktikan kepada dunia bahawa dia anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Amin.
Aku hanya mampu menitipkan doa sahaja, agar dikau menjadi anak yang soleh. Agar dikau menjadi anak yang berguna. Jangan biarkan kesedihan menambat hati orang yang menyayangi dirimu,bangkitlah Aiman demi masa depan yang terbentang luas.

No comments:
Post a Comment