Kemungkinan ada beberapa cara dan jalan penyelesaian yang akan digunakan untuk kes 16 hingga 30 Ogos nanti. Inilah mungkin boleh dijadikan skrip...
a. Ikut perjanjian asal dengan aku. Tidak akan lanjutkan tarikh. Kerana akan kerjakan aku lagi untuk mengganti Yusniza yang akan bersalin nanti.
b. Teruskan sambung sehingga 30 Ogos. Alasan sekadar 2 minggu. Minta tolong akan kedengaran lagi. Kerana mempunyai perancangan untuk meletakkan guru-guru yang mengajar tahun 6 ke dalam prasekolah. Atau jadikan dalam tempoh tersebut kelas tergantung.
c. Sekali lagi Ustazah Jaleha akan menjadi kambing hitam untuk dijadikan guru ptasekolah walaupun tahu kesalahan
d. Rehatkan aku seketika dengan melepaskan aku ke kelas 3B untuk berdepan dengan ujian Saringan Linus 2.0 kali kedua. Selepas itu Masukkan kembali aku ke dalam prasekolah atas alasan tiada calon lain. Sekirannya letak Ustaz Jaleha menjadi satu kesalahan. Seterusnya menolong aku mengira jumlah hari bersama dengan Pra Bestari untuk berapa tempoh sehingga sekolah bercuti.
Biarlah detik masa yang akan menentukkan detik dan ketika kejadian itu. Aku akan terus menanti dan melihat detik itu untuk menyaksikan perancangan yang lemah dari mereka yang tidak tahu membuat kerja pentadbiran tapi inginkan pangkat sahaja.
6 tahun disini tapi masalah sama. Nampak jalan cerita disitu pentadbir sangat lemah.
No comments:
Post a Comment