Aku seronok juga tengok cerita ini. Sampai boleh tergelak seorang-orang. Bukan apa. Teringat saat-saat mudaku.
Teringat peristiwa di Mada suatu masa dahulu. Disuatu kedai kopi. Disaat aku sendiri tidak mengerti apa itu hidup.
Teringat akan saat hari jamuan kenduri kahwin Razi. Tapi itu dulu.
Mungkin kini inilah pembalasan kepada diri ini, kerana pernah mengecewakan sesorang.
Bukan sekali tetapi banyak kali aku membuat kerja itu, sebabnya aku sendiri tidak mengerti. Tak pandai.
Tapi apabila melihat episod sembilan hari ini, terasa malunya orang perempuan itu, apabila ia meluahkan kata cinta kepada seorang lelaki, lebih-lebih kata-kata itu tidak disambut.
No comments:
Post a Comment