Ajar anak-anak mengeja lirik lagu hidup semut. Menyanyi bersama-sama mereka. Selepas itu pergi cari sarang semut dan mengkaji cara hidup semut.
Dalam-dalam terap cara hidup semut seperti sikap berkerjasama dan beratur dalam barisan...
Masih ada yang buat onar. Apa lagi terus kena marahlah.
Juga buat eksperimen tenggelam timbul. Mereka terokai sendiri eksperimen itu. Biar mereka mencuba sendiri...walaupun begitu tetap perlu bimbingan...
HIDUPKU ADAKAH SEPERTI SEMUT
SUHAIRI...
Hari ini...mengintai dari pagi... Shuhairi tak hadir. Deman ke dia. Kelmarin sihat sahaja. Semoga engkau sihat ya sayang...
Risau takut lelah kembali semula. Nanti masuk hospital pula. Jaga kesihatan ya.
AIMAN...
Syukur. Dikau dah mula belajar di SMK Bukit Mendi. Belajarlah wahai anakku. Semoga dikau akan menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab.
Percayalah aku menyokong penuh apa yang dikau lakukan asalkan jangan membuat sesuatu yang ku benci. Semoga berjaya Aiman.
YAZID...
Kelmarin masa kita bersama. Digunakan sepenuhnya oleh aku untuk menasihatinya. Agar belajar bersungguh-sungguh.
RM 10.00 untuk setiap A yang diperolehi. Itulah yang juga aku buat kepada Aiman. Orang yang aku sayang.
Belajarlah bersungguh-sungguh agar menjadi anak yang baik.
ALIF ZIKRI...
Insya Allah tahun depan. Janji akan ku tunaikan. Tahun tak boleh. Tahun depan insya Allah akan ku tunaikan janji itu.
Andai ku terlupa...engkau ingatkan ya.
Belajarlah bersungguh-sungguh agar menjadi anak yang baik...
IRFAN FAUZAN
Kita jarang dapat bertemu. Tapi percayalah Cikgu sayang Irfan. Sifat manja Irfan masih segar lagi dalam liptan sejarah kita. Cikgu tatang Irfan bagai minyak yang penuh sejak dari tahun 2012 lagi. Sebab Irfanlah Cikgu jadi kuat untuk terus berada di alam prasekolah. Cikgu selalu ambil tahu tentang Irfan. Sebab cikgu percaya Irfan akan jadi anak yang baik.






No comments:
Post a Comment