Saturday, January 28, 2017

Cuti sekolah...CNY

Tak ada kesempatan untuk pulang bercuti. Keadaan banjir yang melanda mengundangkan kekesalan tersebut.
Bertapalah aku di Kerayong. Tidur. Makan. Tidur. Itulah kerjaku sejak hari rabu hingga kini.
Melihat perkembangan anak-anak 4 Tahfiz MADA. Semua dah besar panjang lonih. Dah berkahwin mereka. Tinggallah aku tanpa pasangan.



Masih sama seperti di MADA. Berpindah ke MRKK pun sama. Menuju ke IPSAH pun sama. 6 tahun di SKFC pun tetap sama. 2006 hingga 2017. Tetap sama.
2 tahun lagi usiaku meniti titik 40. Risau sungguh aku. Bila- bila masa sahaja aku boleh pergi buat selama-lamanya.
Siapakah yang akan mendoakan kebahagiaanku?
Siapa yang akan mewariskan peninggalan aku?
Adakah anak-anak didikku yang ku tinggalkan dengan secebis ilmuku?
Adakah Aiman?Yazid?Aliff?Irfan Fauzan?Shuhairi?Rayyan?Yang mampu memberikan sinar kedamaian di bilik sempitku nanti?
Ya Allah Ya Tuhanku...takutnya aku. Risaunya aku.

No comments: