Monday, August 21, 2017

5 Azkiya'

Sebagaimana yang telah aku jangkakan. Anak-anak kelas 5 Azkiya' gagal menyiapkan kerja yang telah aku agihkan sejak sebulan yang lepas. Sebulan kerja kumpulan. 5 kumpulan yang ada. 2 kumpulan yang sudah hantar. 1 kumpulan yang buat seperti melepaskan batok di tangga. 2 lagi langsung tak ada.
Teruknya mereka. Langsung tidak ada tanggungjawab sebagai murid. Aku agihkan kerja sudah sebulan. Bukan kelmarin, Bukan hari ini. Bukan minggu lepas. Tapi sebulan yang lepas. Langsung tidak buat. Nasiblah.
Nak cakap minta datang bertanya...langsung tiada.

Nak cakap minta maaf... langsung tiada.
Diam membisu... macam orang bodoh.
Akhirnya...Bodoh.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa-dosaku. Janganlah engkau jadikan mereka sebagaimana aku sebutkan di saat aku sedang marah.
Itu sejarah. BM langsung tiada semangat.



No comments: