Wednesday, May 30, 2018

Selesai...Selamat bersara

Selamat bersara buat sahabatku Ustazah Jaleha Binti Sallehuddin dan  Ustaz Zukapli Bin Ali. Detik 30hb Mei 2018 menjadi saksi kepada berakhirnya perkhidmatan kalian di sekolah mahupun dengan kerajaan Malaysia.

Ustazah Jaleha.

Jam tangan hasil sumbangan rakan-rakan . Rantai bawah sumbangan MGDP dan rantai bawah sumbangan kedai buku.

 Aku mula mengenali biasa di saat aku bersama-samanya di alam prasekolah dahulu. Itulah detik pertemuan aku dengannya. Seorang yang senyap tetapi cukup hebat kerjanya. Bagaimana beliau menjadi guru pra...ada semangat yang ditunjukkan kepadanya untuk aku tiru.
Terima kasih Kak Ja atas tunjuk ajar yang telah diberikan walaupun jarang berbicara, tetapi senyap bukan bererti senyap selama-lamanya.

Ustaz Zulkapli Ali 

Rakan-rakan punya hadiah untuk Us Zul

 2017,tahun pertama mengenali beliau. Kehadiran beliau walaupun seketika tetapi cukup bermakna. Berada di tepi aku di dalam bilik guru. Mengantikan tempat Cikgu Ilias suatu ketika dahulu. Jelly Kelapa pasti akan menjadi ingatan warga SKFC.
Walaupun 31 Mei menjadi tarikh akhir perkhidmatan, tetapi dikau memilih untuk akhirkan pada hari ini. Meraikan bersama-sama dengan sahabatnya.

Inilah barisan rakan- rakan yang terlibat dalam usaha memberi hadiah. Ikhlas dqripada kami.


No comments: