Friday, July 6, 2018

Hebat ujian...

Terpisah hanya 3 tempat duduk. Berlainan saf jarak satu saf sahaja di dalam masjid.
Dekat. Hanya mampu melihat dari kejauhan. Hati menjadi sebak. Kerinduan semakin memuncak.
7 bulan di tahun ini, 2 bulan di tahun lepas. 9 bulan terpisah. Kerinduan semakin ada.
Inilah yang dikatakan jika kita sahaja yang menanam rasa sayang, tetapi di hati mereka tiada.
Inilah kenapa aku rasa perlukan anak sendiri daripada berharap pada kasih sayang yang tidak sudi.
Mampu melihat Imran dari Jarak yang dekat namun tidakk boleh berbicara.
Hati ini menangis.
Air mata akhirnya tertumpah jua.
Di petang jumaat yang sayu.

No comments: