Friday, September 7, 2018

Sakit 1

Dari pagi-pagi lagi sakit tulang rusuk aku sampai menusuk ke belakang. Kesakitan yang amat sangat. Akhirnya anak-anak kelas 5 Najihin kena marah dengan aku.
Sorry bukan bermaksud aku membenci kamu. Tetapi aku tak boleh bertahan dengan sikap kamu yang bising dalam kelas. Itu punca aku marah dengan kamu.

Dari bacaan surah Yasin lagi aku menahan sakit ketika di sekolah. Sampai sekarang masih belum berakhir lagi.
Namun  Amir Syahmi tidak langsung bertanya akan aku, sedangkan aku menahan sakit di hadapannya. Sedih. Ini lagi sakit daripada menahan kesakitan yang Allah ujikan kepada aku.
Satu pertanyaan tidak keluar dari mulutnya. Satu tutur perkataan pun tidak diungkap olehnya. Beginilah nasih aku.
Menumpang kasih orang yang tak sudi. Aku bagaikan menepuk tangan sebelah sahaja. Tiada balasan dari pihaknya, Sedihnya.


 

No comments: