Monday, October 15, 2018

Tak puas hati...

Aku memang tak cukup puas hati. Jika penilaian murid dijalankan seolah-olah untuk memastikan markah yang tinggi kepada murid.
Budak tak siap, kita sambung esok. Itulah punca kehancuran prestasi murid. Sebab kita dah biasa bagi mereka menjawab balik soalan peperiksaan yang diberikan. Jadi mereka tidak melihat ini satu keperluan yang hakiki. Mereka akan diberikan tongkat untuk memastikan markah mereka tinggi, hakikatnya mereka tidak mampu menjawab soalan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan.
Kita baja mereka dengan kehidupan ini, sampai sahaja tahun 6, peluang ini tidak lagi wujud. Mereka akan terus berdiri dengan kaki mereka sendiri tanpa ada lagi tongkat yang membantu mereka.
Akhirnya mereka kecundang dalam pelayaran hidup mereka, tapi kita tetap akan meneruskan tongkat kita bagi yang lain sehinggalah mereka berada di tahap 6 kembali.
Sejarah akan terus berputar dan berputar.
Inilah isu malam ini, dalam group tidk rasmi sekolah. Yang aku bengkak...



No comments: