Pagi ini ada perjumpaan dengan Geng Bahasa Melayu Tahun 6: Aku, Bani, Kak Mala dengan Cg. Usop berkaitan dengan Kem Tahun 6 pada 6 April nanti.
Dalam perjumpaan itulah isu hangat minggu ini di timbulkan oleh aku dan Bani.
Isi markah prestasi yang kami dapat rendah dariapada semua orang.
Bani: KP Bahasa Melayu
Zaman: KP Sains
Aku: KP Sejarah
Tengku: Penyelaras PRA
Suhaimi: GBSM
Mutalib: KP Agama Islam.
Kami antara yang mendapat markah paling rendah dengan permulaan angka 8. Daripada kami ini ada yang sedang menunggu kenaikan gred jawatan ke DG 44.
Bani: KP Bahasa Melayu
Aku: KP Sejarah
Tengku: Penyelaras PRA
Suhaimi: GBSM
Mengapa berlaku pada kami?
Di tahun terakhir perkhidmatan kami di DG 41. Apakah yang kamu hendak lakukan?
Mengapa kamu lakukan ini? Apakah justifikasi kamu di saat kamu melakukan keputusan ini.
Dalam perjumpaan ini, segala isi hati telah dikeluarkan dengan sebaik mungkin.
Petang ini aku maklumkan oleh Shahbani, Pentadbir ada perjumpaan dengan GB pada pukul 2. Mungkin isu ini juga akan dibentangkan.
Lantaklah.
No comments:
Post a Comment