Monday, August 5, 2019

TB...Hari Permuafakatan Tahun 6

Aku memang jahat. Sekali aku benci dengan orang. Sepanjang masa aku akan benci dengan orang. Jangan ingat aku boleh senang-senang memaafkan orang.
Ya. Aku sedar aku juga ada silap dalam mendidik anak-anak muridku. Kadang-kadang hukuman aku terlalu kejam. 
Hukuman yang aku jatuhkan bukan bererti aku gila seks atau sebagainya.  
Aku terpaksa. Segala arahan kerja tak laksanakan. Takkan aku hendak lihat sahaja. Mereka semua bangsa aku. Anak didik aku. Kemenjadian mereka terletak di tangan aku pada masa itu. Ya betul semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi pada masa itu akulah pendorongnya.
Kisah tahun lepas, masih lagi diungkit dan diungkit. Seolah-olah dosaku terlalu tinggi.
Tahun ini sahaja, dua kali aku ditegur. Cukuplah.
Kini tiba masanya aku fikirkan masa depanku pula. Tak usahlah beria-ia untuk memastikan mereka menyiapkan kerja aku.
Tak usahlah terhegeh-hegeh menghukum mereka, sebab ibu bapa mereka pun tak hukum mereka.
Itulah...kisah hidupku...
Aku lihat sahaja mak Antasya dan Antasya pada hari itu. Tak berminat beretgur sebagaimana zaman zaman dahulu.
Cukuplah... mereka tak berguna kepada aku walaupun satu saat.

No comments: