Aku tak faham ibu bapa sekarang, terlalu ambil mudah tentang pendidikan anak-anak. Ya aku faham pendidikan sekarang secara percuma jadi jangan ingat semuanya percuma.
Tolong hargai jasa mereka yang bersusah payah untuk anak anda.
Semasa aku bersekolah dahulu aku. Sungguh aku terlalu bersyukur sekiranya Allah SWT berikan keupayaan kepada guruku untuk mengadakan kelas percuma. Sebab apa keluarga aku tak mampu untuk membayar tuisyen yang mahal sedangkan kami sendiri makan pagi kais pagi makan petang kais petang.
Aku masih ingat lagi masa aku darjah enam kelas percuma cikgu Fauzi untuk bahasa Inggeris. Aku tak pergi kelas dia sebab aku tiada seluar untuk aku ke sekolah.
Tapi anak zaman sekarang semuanya senang semuanya ambil mudah semuanya senang tak banyak berfikir tak banyak merenung masa depan.

No comments:
Post a Comment