Petang ini pukul 4 lebih dah sampai di kelas. Teruskan perjuangan hiasan kelas seorang diri. Tak perlu lagi bantuan orang. Serik. Biarlah penat janji kita puas hati.
Pukul 2 tadi minta tolong Mat Noor Drill untuk letak gamvar tahun lepas.
Bermakna ada 2 kerja untuk hari ini. Syukur.
Gambar sebelum dan selepas. Warna krim menjadi pilihan untuk papan kenyataan. Untuk menyejukkan sedikit ruang dalam bilik kelas yang hangat.
Selepas ini hanya perlu print dan laminate kertas dan tampal.


No comments:
Post a Comment